Harian Metro

HAIQAL RAJA PECUT

Raih emas 100m, pelari terpantas Asia Tenggara

-

Gelaran Raja Pecut Asia Tenggara kekal milik Malaysia selepas Haiqal Hanafi (gambar) mengunggul­i acara pecut 100 meter dengan catatan 10.35 saat sekali gus catatan terbaik peribadiny­a di Stadium Olahraga New Clark City semalam.

Haiqal meneruskan legasi Khairul Hafiz Jantan yang tidak beraksi menerusi acara riben biru itu pada edisi kali ini selepas memegang gelaran sama dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Pada aksi final, Haiqal diapit dua pelari pecut Thailand, Sowan Ruttanapon dan Bandit Chuangchai yang masing-masing meraih perak dan gangsa dengan catatan 10.49s serta 10.52s.

“Saya hanya kosongkan fikiran dan fokus kepada diri sendiri. Saya mahu buktikan kepada semua yang saya juga boleh melakukann­ya.

“Di pertengaha­n perlumbaan saya sedar sudah di depan berbanding dua pelari Thailand dan hanya fokus larian hingga ke garisan penamat,” katanya.

Jelas Haiqal, kata-kata nasihat daripada Khairul sebelum turun beraksi turut membantuny­a pada perlumbaan final.

“Kejayaan ini amat bermakna kerana ia paling besar dalam karier saya sebab kali pertama saya beraksi dalam acara individu.

“Saya sendiri tidak menjangka mampu memenangin­ya.

“Saya juga dapat buktikan tanpa jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) di sini, bukan alasan untuk saya gagal berikan yang terbaik,” katanya.

Haiqal sudah memberikan bayangan mampu melakukan sesuatu pada aksi final apabila berjaya mencatat

10.39s pada peringkat saringan di sebelah pagi untuk catatan kedua terpantas.

Ketika itu dia hanya ketinggala­n

0.04s di belakang Sowan yang mencatat masa terpantas.

Saya hanya kosongkan fikiran dan fokus kepada diri sendiri. Saya mahu buktikan kepada semua yang saya juga boleh melakukann­ya”

Haiqal Hanafi

 ??  ??
 ??  ?? Manila: Pemenang pingat emas acara kumite bawah 55kg, P Madhuri
MADHURI (kiri) mengasak Tippawan pada aksi final semalam.
Manila: Pemenang pingat emas acara kumite bawah 55kg, P Madhuri MADHURI (kiri) mengasak Tippawan pada aksi final semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia