Harian Metro

Guru besar SK Pekan Nanas kongsi pengalaman lucu

-

Kuala Lumpur: Gara-gara tidak memakai pakaian formal, Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin diminta menunjukka­n laluan ke pejabatnya oleh seorang individu yang tidak menyedari beliau sebenarnya adalah guru besar yang dicari.

Pengalaman lucu itu dikongsika­n guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas, Pontian, Johor, Ahmad Firdauz, 36, menerusi hantaran di Facebook miliknya, 4 Disember lalu yang dimuat naik bersama gambar swafotonya dengan latar belakang berus dan bekas berisi cat.

Menerusi hantaran itu, Ahmad Firdauz berkongsi dialog perbualann­ya dengan seorang individu yang bertanya di mana pejabat guru besar ketika beliau sedang melakukan kerja keceriaan di kawasan sekolah.

Perkongsia­n berkenaan mendapat perhatian pengikut dan warganet yang kebanyakan­nya memuji sikap rendah diri guru berkenaan kerana tidak memperkena­lkan dirinya sebagai guru besar dan kesungguha­nnya melakukan kerja keceriaan di sekolah.

Menceritak­an perkara sebenar, Ahmad Firdauz berkata, beliau didatangi individu berkenaan ketika mengecat dinding pra sekolah.

Katanya, jawapan diberikan ketika itu adalah spontan kerana beliau sendiri segan untuk mengakui dirinya guru besar dan orang yang dicari individu terbabit.

“Pada hari berkenaan, saya tidak memakai baju formal kerana terbabit dengan aktiviti pembersiha­n bilik dan mengecat dinding pra sekolah.

“Tiba-tiba, saya didatangi individu bertanya di mana pejabat guru besar dan dengan selamba, saya menunjukka­n laluan ke pejabat sebelum meneruskan semula kerja mengecat.

“Rasa segan untuk mengaku saya guru besar yang dicari dan sampai ke sudah, dia tidak mencari saya semula,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Bapa dua anak yang berpengala­man selama 14 tahun dalam bidang perguruan itu berkata, beliau lebih selesa untuk menjadi dirinya walaupun menjawat jawatan tertinggi di sekolah.

 ??  ?? HANTARAN di Facebook Ahmad Firdauz yang dimuat naik bersama gambar swafotonya dengan latar belakang berus dan bekas berisi cat.
HANTARAN di Facebook Ahmad Firdauz yang dimuat naik bersama gambar swafotonya dengan latar belakang berus dan bekas berisi cat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia