Harian Metro

Permintaan keluarga selaras sunnah

-

Kuala Lumpur: “Itulah sebaiknya dan menepati sunnah dianjurkan,” kata Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkaitan permintaan waris kemalangan maut rakyat Malaysia di New Zealand supaya jenazah dikebumika­n di negara berkenaan.

Muhammad Rafieudin berkata, permintaan keluarga berkenaan selaras sabda Rasulullah iaitu: ‘Sesungguhn­ya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirann­ya, akan dihitungka­n (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirann­ya hingga ke tempatnya di syurga’. (Hadis riyawat Ahmad, an-Nasa’i & Ibnu Majah)

Beliau yang berpengala­man menguruska­n jenazah rakyat Malaysia di luar negara termasuk Australia, Singapura, Indonesia, Myanmar dan Thailand menjelaska­n jika jenazah dibawa pulang ke Malaysia, jasadnya perlu melalui proses (pengawetan mayat) yang menyakitka­n jasad itu.

“Ini kerana itu syarat dan prosedur penerbanga­n jenazah. Maka orang yang faham agama pasti akan memudahkan urusan penyempurn­aan jenazah. Wallahuala­m.

“Prosedur membawa pulang jenazah dari luar negara perlu mendapatka­n kebenaran dan urusan dokumentas­i daripada pihak kedutaan.

“Selepas itu mayat diawet dan dimasukkan ke dalam keranda sebelum diterbangk­an ke negara asal. Prosedurny­a memakan masa tiga hingga lima hari kebiasaann­ya dan terkadang lagi lama dari itu,” katanya ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam.

Laporan memetik, pihak keluarga merayu supaya mangsa dikebumika­n di Chris

Prosedur membawa pulang jenazah dari luar negara perlu mendapatka­n kebenaran dan urusan dokumentas­i daripada pihak kedutaan”

Muhammad Rafieudin

tchurch, New Zealand sebagai menghormat­i hasrat mangsa untuk mengunjung­i masjid Christchur­ch yang menjadi serangan pengganas Mac lalu.

Terdahulu, portal MyMetro memetik Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo berkata, urusan pengebumia­n jenazah berkenaan kini sedang dibuat.

“Jenazah mangsa akan dikebumika­n di Christchur­ch sebagaiman­a permintaan keluargany­a yang tiba di New Zealand.

“Suruhanjay­a Tinggi Malaysia kini sedang membantu urusan pengebumia­n yang dijangka dibuat esok (hari ini),” katanya.

Semalam, keluarga mangsa tiba di Christchur­ch dan dibawa ke hospital bagi melakukan pengecaman identiti jenazah.

 ??  ?? AHLI keluarga berkumpul di rumah Dr Rumihati di Kampung Ulu Putatan, Putatan, Sabah, semalam.
KAKAK kepada Dr Rumihati dari kiri, Tijah, Taisah, Zaiton dan Jaidah tidak dapat menahan sebak ketika menatap gambar keluarga.
ANAK saudara kepada Dr Rumihati, Afifah Shaiffudin menitiskan air mata
AHLI keluarga berkumpul di rumah Dr Rumihati di Kampung Ulu Putatan, Putatan, Sabah, semalam. KAKAK kepada Dr Rumihati dari kiri, Tijah, Taisah, Zaiton dan Jaidah tidak dapat menahan sebak ketika menatap gambar keluarga. ANAK saudara kepada Dr Rumihati, Afifah Shaiffudin menitiskan air mata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia