Harian Metro

Keluarga selamat tiba sah identiti mangsa

-

Kuala Lumpur: Keluarga rakyat Malaysia yang terbabit kemalangan di Kaikoura, New Zealand selamat tiba di Christchur­ch, semalam dan dibawa ke Hospital Christchur­ch bagi membuat pengesahan identiti mangsa.

Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo berkata, keluarga mangsa tiba di Christchur­ch, pagi semalam sebelum dibawa melawat seorang lagi anggota keluarga mereka yang parah sebelum disahkan meninggal dunia di

Hospital Christchur­ch.

“Mangsa paling muda kemalangan itu kini dirawat di Hospital Wellington dan Suruhanjay­a Tinggi Malaysia masih memantau keadaannya sementara menunggu kedatangan ahli keluargany­a, hari ini (semalam).

“Bagaimanap­un, ahli keluarga yang tiba dari Malaysia sudah dibawa melawat mangsa di Hospital Christchur­ch terlebih dahulu dan membuat pengecaman identiti mangsa yang meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam. Jumaat, tiga rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia manakala dua lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika bercuti di negara berkenaan. Bagaimanap­un, seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di hospital, semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Adanan Jeman, 49, isterinya, Dr Rumihati Abd Hamid, 49, dan anak mereka, Nur Aaleeyah Maisarah, 13. Semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak sulung pasangan itu, Nur Irfan, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Christchur­ch, semalam.

Anak bongsu pasangan itu, Nur Arifah Bahiyah, 11, kini menerima rawatan di Hospital di Wellington.

Mereka sekeluarga yang sedang bercuti dikatakan menaiki sebuah kereta sewa sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh raya Negeri 1, Kaikoura, kira-kira jam 3.10 petang (waktu tempatan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia