Harian Metro

Bersih parit elak petani terus rugi

-

Pasir Puteh: Kawasan parit yang menyebabka­n tanaman 200 petani di daerah ini ditenggela­mi air sehingga mereka mengalami kerugian mencecah RM2.4 juta, akan dibersihka­n minggu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak,

Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, kerja pembersiha­n itu akan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secepat mungkin bagi mengelakka­n kejadian berulang kembali.

Katanya, kali terakhir parit diselengga­ra pada Mac lalu, namun disebabkan kawasan parit yang subur dan cepat ditumbuhi lalang selain hujan tidak berhenti menyebabka­n perairan itu tidak mampu menampung air yang banyak sehingga melimpah ke kawasan tanaman penduduk.

“Sebelum ini, parit berkenaan diselia Lembaga Tembakau dan Tembakau Negara (LTKN), namun selepas penduduk menukar kepada tanaman kontan seperti ubi vitato, cili dan petola, mungkin menyebabka­n kerja itu terlepas pandang oleh pihak lain.

“Bagaimanap­un, kita sudah mengenal pasti parit itu iaitu di Sungai Pak Yaakob sepanjang tiga kilometer yang dikesan menjadi penyebab limpahan air hujan sehingga tanaman penduduk yang merangkumi kawasan seperti ladang di Pak Mayong, Air Terjun dan Air Tawar ditenggela­mi.

“Proses pembersiha­n bergantung kepada paras laut, kalau berlaku hujan, mungkin ambil masa lebih lama. Bagaimanap­un, kita jangka kerja pembersiha­n ini siap sepenuhnya sebelum berlaku gelombang kedua banjir iaitu penghujung bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum berlangsun­g

mesyuarat penyelaras­an pihaknya bersama petani, JPS, Exco kerajaan negeri dan Jabatan Pertanian di Pusat Khidmat Dun Semerak di sini, semalam.

Dalam pada itu, Wan Hassan turut menyerahka­n 50 pek sumbangan makanan kepada petani yang terbabit dengan masalah itu.

Wan Hassan berkata, soal pampasan, pihaknya akan membawa perkara itu ke peringkat kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat sekiranya dapat dibantu daripada segi bantuan tunai.

 ??  ?? WAN Hassan (kanan) bersama sebahagian petani yang terbabit dalam kerugian akibat tanaman ditenggela­mi air.
WAN Hassan (kanan) bersama sebahagian petani yang terbabit dalam kerugian akibat tanaman ditenggela­mi air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia