Harian Metro

Keluar jel pecah masuk pejabat Adun

-

Jertih: Tidak serik melakukan jenayah, seorang penagih sekali lagi ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk pejabat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Gong Kemuntong, kelmarin.

Difahamkan suspek baru tiga hari keluar dari penjara berkaitan kes dadah ketika melakukan kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu Superinten­dan Abdul Rozak Muhammad, berkata kejadian itu disedari orang awam sebelum memaklumka­n perkara itu kepada seorang kakitangan pejabat terbabit jam 1 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi mendapati cermin tingkap pecah dan lima unit komputer laptop didapati hilang sebelum membuat laporan kepada polis.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Jertih menahan seorang lelaki berumur 27 tahun yang berada di pekarangan Masjid Hadhari Jertih dalam tempoh satu jam selepas kejadian,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n awal mendapati ada satu unit laptop, satu unit tetikus dan pengecas laptop dalam beg suspek sebelum polis merampas barangan itu.

“Hasil soal siasat dengan dipandu arah suspek, serbuan dilakukan terhadap sebuah rumah di Kampung Gong Kemuntong.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, polis turut merampas empat unit laptop, tiga beg laptop, tiga unit tetikus dan tiga pengecas laptop dengan nilai dianggarka­n RM5,000,” katanya.

Abdul Rozak berkata, saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati positif Methamphet­amine.

“Suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau dengan tiga daripadany­a bersangkut­an kes dadah.

“Dia ditahan reman tiga hari bermula dari tarikh tangkapan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada suspek.
BARANGAN yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia