Harian Metro

Himpunan kereta tawar hadiah kemenangan RM60,000

-

Cyberjaya: Kira-kira 2,000 kereta jenama tempatan dan antarabang­sa dihimpunka­n menerusi acara Putrajaya Auto Show 2019 yang julung kali diadakan secara besar-besaran di sini.

Acara anjuran Suanphak Car Club Int Bangkok, Thailand itu disertai pelbagai kelab kereta di seluruh negara serta menampilka­n hadiah keseluruha­n RM60,000.

Penyelaras acara, Fairol Ezhar Amin berkata, ini pertama kali himpunan itu dianjurkan secara besar-besaran sebagai satu daripada usaha merapatkan hubungan antara kelab kereta di negara ini.

“Malah kelainan kali ini apabila menawarkan hadiah berjumlah keseluruha­n RM60,000 selain cabutan bertuah membabitka­n sebuah kereta Proton Wira dan Proton Satria.

“Selain merapatkan hubungan persahabat­an antara kelab kereta, acara seperti ini sebagai bertukar pandangan, idea dan pengetahua­n mengenai kenderaan masing-masing,” katanya ketika ditemui di lokasi acara, Cyberjaya Sport Arena di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, himpunan itu tidak mengehadka­n satu-satu jenama saja, tetapi membabitka­n semua model kereta sama ada jenama tempatan atau antarabang­sa.

“Kami tidak kisah jenama apa sekali pun kerana kami mahu rangkaian persahabat­an yang luas. Sebab itu, kami membawa Suanphak Car Club Int Bangkok, Thailand ke Malaysia dan mula berada di sini sejak 2015.

“Ahli kelab ini mencecah 3,000 keahlian dan berharap jaringan ini diperluask­an lagi. Untuk acara ini, kereta yang dihimpunka­n diambil kira antaranya dari segi aspek teknikal serta bodykit kereta,” katanya.

Mengulas lanjut, Fairul Ezhar berkata, acara itu diharap diteruskan pada masa akan datang sekali gus dijadikan aktiviti tahunan kepada kelab kereta di negara ini.

 ??  ?? ORANG ramai melihat sebahagian kereta yang menyertai Putrajaya Auto Show 2019.
SEBAHAGIAN kereta yang dipamerkan dalam Putrajaya Auto Show 2019.
ORANG ramai melihat sebahagian kereta yang menyertai Putrajaya Auto Show 2019. SEBAHAGIAN kereta yang dipamerkan dalam Putrajaya Auto Show 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia