Harian Metro

Polio kembali selepas 27 tahun

Bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada polio, satu kes disahkan dijangkiti virus membabitka­n seorang bayi lelaki warga negara ini berusia tiga bulan dari Tuaran,

Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi terbabit mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital serta disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember lalu

“Hasil ujian pengesahan dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Makmal Serantau Polio di

Australia, virus itu mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di Filipina.

“Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifik­asikan sebagai circulatin­g vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bayi itu dirawat di wad isolasi dan stabil, tetapi memerlukan bantuan pernafasan.

“Memandangk­an pesakit memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan media dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalanka­n tugas memberi rawatan kepada pesakit.

“Circulatin­g vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis.

“Dalam persekitar­an yang tidak sanitari, ia boleh menjangkit­i orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95 peratus,” katanya.

Mangsa dirawat di wad isolasi dan stabil, tetapi perlu bantuan pernafasan

 ??  ??
 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia