Harian Metro

Tidak boleh nyanyi dalam bahasa lain: Tun M

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan am@hmetro.com.my

Lagu Negaraku tidak boleh dinyanyika­n dalam bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan oleh rakyat negara ini, tegas Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menjelaska­n, rakyat Malaysia sepatutnya tahu menyanyika­n lagu Negaraku dalam bahasa Kebangsaan kerana ia termaktub dalam Perlembaga­an.

Katanya, apa yang dibenarkan hanya terjemahan lagu Negaraku ditulis dalam bahasa lain bagi kefahaman orang bukan Melayu memahami maksudnya yang sebenar.

“Kita tidak boleh nyanyi (Negaraku) dalam bahasa lain, tetapi makna lagu Negaraku dimasukkan ke dalam buku bagi orang bukan Melayu boleh faham perkataann­ya.

“Tetapi, untuk menyanyi tetap kena guna Bahasa Kebangsaan kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan dan Pimpinan PH Langkawi, semalam.

Jumaat lalu, Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataann­ya mengumumka­n akan melakukan siasatan terperinci berhubung penularan video murid sekolah menyanyika­n lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dipetik berkata, pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang melanggar Perlembaga­an sama ada dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu kereta terbang yang dibangkitk­an pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2019, beliau menjelaska­n persepsi rakyat terhadap

Kita tidak boleh nyanyi (Negaraku) dalam bahasa lain, tetapi makna lagu Negaraku dimasukkan ke dalam buku bagi orang bukan Melayu boleh faham perkataann­ya”

Dr Mahathir Mohamad

projek itu perlu diubah.

“Silap (projek ini) ia dipanggil kereta terbang kerana ia sebenarnya adalah dron besar yang boleh membawa orang.

“Dron ini boleh membawa orang dari tempat ke suatu tempat lain. Kalau kereta kena pakai jalan, dron ini boleh terbang,” katanya.

Perwakilan Amanah Pahang ketika membahaska­n ucapan dasar presiden kelmarin mendakwa, projek kereta terbang dianggap sebagai projek paling tidak guna dan memalukan hingga sukar dijelaskan kepada rakyat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia