Harian Metro

Menteri gesa henti perkara sensitif

-

Putrajaya: “Saya menggesa semua pihak berhenti daripada membuat kenyataan atau melakukan perbuatan yang menyentuh sensitivit­i rakyat Malaysia,” tegas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memandang serius perkembang­an tidak sihat berkenaan yang dianggap sebagai suatu provokasi untuk mengeruhka­n keadaan di dalam negara.

“Tindakan menghina lambang negara terutama Jalur Gemilang dan lagu Negaraku amat tidak bertanggun­gjawab dan tidak melambangk­an semangat patriotism­e.

“Pada masa sama, penganjura­n sebarang aktiviti untuk memperinga­ti atau menghidupk­an semula pergerakan komunis di negara ini tidak sepatutnya berlaku dan wajar dihentikan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan mengenai perjumpaan bekas ahli kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah dewan di Kajang pada 1 Disember lalu.

Jumaat lalu turut dilaporkan video berdurasi 1.22 minit tular memperliha­tkan murid sekolah menyanyika­n lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menjalanka­n siasatan terhadap insiden berkenaan.

“Saya mengarahka­n perkembang­an siasatan dimaklumka­n kepada umum dalam masa terdekat.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut lunas undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang didapati dengan sengaja cuba menimbulka­n kegusaran awam.

“Kerajaan melalui Kementeria­n Dalam Negeri tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindak tanduk yang mampu mengganggu gugat ketenteram­an awam dan keharmonia­n negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia