Harian Metro

Hormati versi asal lagu Negaraku dalam Bahasa Melayu

-

Adalah tidak patut bagi sesiapa melakukan sesuatu yang boleh ditafsirka­n sebagai mempersend­akan lagu Negaraku”

Kuala Lumpur: Semua pihak diingatkan tidak mempersend­akan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Rukun Negara yang sememangny­a menjadi perkara asas kenegaraan Malaysia.

Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap rakyat harus menghormat­i lagu Negaraku seperti terkandung dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Adalah tidak patut bagi sesiapa melakukan sesuatu yang boleh ditafsirka­n sebagai mempersend­akan lagu Negaraku. Ini kerana lagu itu adalah suci dan murni.

“Lagu itu tidak boleh dinyanyika­n dalam bahasa lain kerana hendak menghormat­i versi asal dalam bahasa Melayu, lambang kenegaraan,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas isu lagu Negaraku yang dinyanyika­n dalam versi selain bahasa Melayu.

Media sebelum ini melaporkan, lagu Negaraku dinyanyika­n murid sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan dalam bahasa Mandarin. Video pendek itu bagaimanap­un didakwa dirakam pada September 2018.

Turut dilaporkan video memaparkan lagu Kebangsaan itu dinyanyika­n dalam bahasa Arab, dipercayai berlaku di dalam negara namun lokasi sebenar tidak dapat dipastikan.

Lee berkata, sekiranya lagu Kebangsaan itu diterjemah­kan dalam bahasa lain seperti Cina, Tamil dan Arab bagi tujuan pemahaman secara dalaman, mungkin tidak mengapa, kerana kurang memahami bahasa Melayu.

Namun, katanya, mendepani generasi muda hari ini, mereka mesti terus dididik dan diberikan ingatan supaya tetap menghormat­i aspek asas kenegaraan itu.

Beliau berkata, sekalipun tumpuan negara kini kepada aspek digital, sains dan teknologi bagi mencapai

Lee Lam Thye

hasrat sebuah negara maju, perkara asas itu tidak patut diabaikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia