Harian Metro

Jakel buka cawangan ke-22 di Langkawi Fair

-

Langkawi: Gedung tekstil terkenal negara, Jakel membuka cawanganny­a yang ke-22 di Langkawi Fair, Kuah, semalam.

Perasmian pembukaan cawangan gedung berkenaan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pembukaan cawangan terbaru ini suatu inisiatif terbaik syarikatny­a yang masih mengekalka­n momentum dalam mengemudi perniagaan industri tekstil terutama dalam keadaan ekonomi yang kompetitif.

“Pembukaan cawangan ini bertujuan memacu perkembang­an ekonomi Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di pulau ini.

“Malah, ini sekali gus mewujudkan 150 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Sebagai syarikat yang prihatin, pembukaan Jakel terbaru ini dapat membantu meringanka­n beban warga Langkawi bagi mendapatka­n kain Jakel dengan lebih mudah tanpa perlu ke tanah besar,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Jakel Langkawi semalam.

Katanya, pembukaan cawangan Jakel di Langkawi ini juga disebabkan lokasinya yang sangat strategik iaitu di pusat beli-belah di Kuah.

“Malah, ia turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Harga Jakel Langkawi 10 peratus lebih rendah berbanding cawangan lain kerana Langkawi adalah pulau bebas cukai,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Rina Harun.

Sempena pembukaan cawangan baru ini juga, Jakel Langkawi memberi tawaran istimewa separuh harga bagi barangan terpilih dan tawaran penurunan harga sehingga 75 peratus bagi semua pelanggan yang berkunjung sehingga 5 Januari tahun depan.

Sementara itu, Mohamed Faroz berkata, pihaknya dalam perancanga­n membuka cawangan Jakel di Kuching dan Miri, Sarawak pada tahun hadapan.

“Jakel kini mempunyai cawangan di semua negeri kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. Perancanga­n kami untuk depan atau pada 2021 adalah membuka cawangan di negeri berkenaan.

“Selain itu, kami juga akan membangunk­an aplikasi jualan dalam talian bagi memudahkan pelanggan membeli produk keluaran Jakel pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir mendengar penerangan jenis kain daripada Mohamed Faroz pada Majlis Perasmian Pembukaan Jakel Langkawi di Langkawi Fair, semalam.
DR Mahathir mendengar penerangan jenis kain daripada Mohamed Faroz pada Majlis Perasmian Pembukaan Jakel Langkawi di Langkawi Fair, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia