Harian Metro

‘Saya ini pemaaf ’

Anwar tolak saranan pecat Azmin Ali gagal hadiri perhimpuna­n

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Tidak timbul sebarang tindakan disiplin untuk memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak hadir pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), semalam.

Presidenny­a Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pemecatan tidak berbangkit walaupun tindakan pemecatan ada disuarakan perwakilan parti.

“Ini (pemecatan Mohamed Azmin) hanya disuarakan perwakilan, tetapi tidak ada kemungkina­n untuk dibalas (dengan pemecatan).

“Saya tidak ada masalah untuk berbincang tapi masalah yang disuarakan kuat adalah sentimen parti mahu bersatu tidak bertolak ansur dengan apa yang mereka anggap menyimpang daripada disiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat sesi ucapan penggulung­an kongres itu yang melabuhkan tirainya semalam sejak bermula Khamis lalu.

Ditanya adakah beliau sedia memaafkan Mohamed Azmin atas tindakan berkenaan, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sedia memaafkann­ya.

“Saya ini pemaaf lagipun itu bukan soal peribadi, tapi saya kena dengar juga suara dan sentimenny­a. Tadi (semalam) saya jawab saya dengar hasrat mereka (perwakilan) jadi kena bagi ruang sikit,” katanya.

Hari terakhir Kongres Nasional PKR semalam, bermula tanpa kehadiran Mohamed Azmin serta pimpinan yang menyokongn­ya.

Sebaliknya, ketibaan

Anwar bersama Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hanya Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dikaitkan sebagai kumpulan Mohamed Azmin, menyambut mereka.

Mengikut jadual asal, hari terakhir kongres bakal menyaksika­n ucapan penggulung­an Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ketua Wanita, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden PKR.

 ??  ?? ANWAR (kanan) bersalaman dengan perwakilan ketika meninggalk­an dewan selepas berakhirny­a Kongres Nasional Keadilan ke-14 di MITC Ayer Keroh.
ANWAR (kanan) bersalaman dengan perwakilan ketika meninggalk­an dewan selepas berakhirny­a Kongres Nasional Keadilan ke-14 di MITC Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia