Harian Metro

Cukup-cukuplah...

Rentetan kejadian melampau mesti segera diambil tindakan tegas kerana jika tidak mereka akan terus mengulangi­nya yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat dan negara

-

Bermula dengan penayangan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima berbanding bintang 14 pecahan seperti sepatutnya pada satu acara sukan, kini pelbagai kejadian pelik terus berlaku dengan sesetengah­nya seperti memang disengajak­an. Selepas itu, tular kejadian yang didakwa berlaku pada 2018 di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan di mana murid sebuah kelas dikatakan menyanyika­n lagu kebangsaan, Negaraku dalam bahasa

Mandarin.

Terbaru, sebuah sekolah rendah lain yang videonya kini tersebar di laman sosial di mana muridnya didakwa menyanyika­n lagu kebangsaan dalam bahasa Arab pula.

Itu belum lagi kes sekumpulan lelaki di Sarawak yang akhirnya terpaksa diheret ke mahkamah kerana didakwa tidak menghormat­i lagu kebangsaan apabila enggan berdiri ketika ia diperdenga­rkan.

Timbul persoalan, apakah niat, tujuan dan agenda sebenar pihak terbabit yang dilihat seperti sengaja mahu menimbulka­n provokasi tertentu.

Itu belum dikira lagi tindakan provokasi sebelum ini iaitu cubaan mengedarka­n komik yang faktanya didakwa tidak tepat dan bertentang­an dengan catatan rasmi sejarah negara kepada murid sekolah.

Itu belum lagi kes membawa abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng secara sulit dari Thailand ke negara ini.

Itu belum lagi kisah sekumpulan rakyat yang berselindu­ng atas nama pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpuna­n yang boleh menimbulka­n kesangsian dan kecurigaan, seolah-olah mempunyai hubungan dengan gerakan diharamkan undang-undang negara ini di Kajang dan Banting, baru-baru ini.

Rentetan kejadian melampau yang tidak pernah berlaku sebelum ini mesti segera diambil tindakan tegas pihak berwenang kerana jika tidak mereka akan terus mengulangi­nya yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat dan negara kita yang dihuni rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Sebagai warganegar­a yang bertanggun­gjawab, semua pihak tanpa mengira apa juga fahaman mesti mengelak daripada membangkit atau melakukan perbuatan dan tindakan provokasi yang boleh menjerumus­kan negara kepada huru-hara dan kekacauan.

Cukup-cukuplah dengan pelbagai tragedi dan detik hitam yang pernah berlaku dan terpahat dalam lipatan sejarah negara. Tragedi berdarah 13

Mei 1969, ancaman komunis, gerakan pelampau, konfrontas­i dengan negara jiran dan banyak lagi. Itu sebahagian kecil kisah dan peristiwa hitam yang berlaku dalam catatan sejarah negara.

Yang pasti, semuanya itu tidak membawa sebarang kebaikan dan keuntungan kepada rakyat dan negara, sebaliknya hanya mengundang derita dan sengsara, ibarat yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Sekumpulan lelaki tak berdiri ketika lagu

Negaraku dikumandan­gkan didakwa di mahkamah

>>Penulis Pengarang Berita, Harian Metro

 ??  ?? RAKYAT perlu bersama memelihara keamanan Malaysia.
RAKYAT perlu bersama memelihara keamanan Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia