Harian Metro

Usah sensasi keaiban

Usah jadikan cerita rumah tangga orang sebagai bahan ketawa atau sindiran

-

Perkahwina­n antara perkara yang diberi perhatian dalam Islam. Ia satu keharusan yang disediakan oleh Islam bagi memenuhi fitrah kehidupan manusia Allah SWT menjanjika­n kehidupan yang tenang dan bahagia bagi mereka yang berusaha memelihara rumah tangga masing-masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktika­n kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia (Allah) menciptaka­n untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan oleh-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhn­ya yang demikian itu mengandung­i keterangan-keterangan (yang menimbulka­n kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Tiada pasangan mahukan rumah tangga yang dibina berakhir dengan perpisahan.

Sememangny­a, perjalanan rumah tangga setiap insan itu berbeza-beza bergantung cara ia diurus.

Ada rumah tangga terpaksa memilih jalan perceraian agar masing-masing dapat melakukan muhasabah diri.

Kemudian setiap pasangan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan perkahwina­n atau memilih menentukan haluan masing-masing.

Namun, pengakhira­n sebuah mahligai yang pernah dibina bersama bukan sesuatu yang menggembir­akan.

Meskipun perceraian boleh membuka lembaran baharu yang mungkin lebih baik untuk diri masing-masing, sedikit sebanyak pastinya jalan perceraian itu sesuatu yang pahit dan melukakan.

Bebanan kesedihan ditanggung bukan sesuatu yang ringan.

Setiap permasalah­an yang berlaku dalam rumah tangga perlu diselesaik­an dengan cara terbaik.

Lebih-lebih lagi, ia bukan sahaja membabitka­n suami dan isteri sahaja, malah anak-anak dan keluarga kedua-dua pihak.

Jika ada rumah tangga yang dilanda ujian, ambillah pendekatan yang mencermink­an keperibadi­an mulia sebagai orang beragama Islam.

Usah jadikan cerita rumah tangga orang sebagai bahan ketawa atau sindiran.

Ingatlah ujian yang dihadapi mereka belum tentu tidak akan singgah dalam kehidupan rumah tangga sendiri.

Semoga hal itu dijauhkan Allah SWT untuk kita semua.

Tambahan pula dengan adanya media sosial hari ini, kelihatan ramai yang terjebak dalam mensensasi­kan keaiban orang lain.

Terlalu banyak hamburan kata-kata tidak baik serta modal cerita untuk dijadikan bahan ketawa membabitka­n hal rumah tangga orang lain.

Perkara itu perlu dijauhi kerana tidak mencermink­an akhlak seorang Muslim.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Celakalah bagi manusia yang bercakap suatu percakapan untuk mentertawa­kan orang, lalu dia menipu. Celakalah dia. Celakalah dia.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Hormati perasaan orang yang sedang dilanda ujian dalam pengurusan rumah tangga.

Perkara yang mereka lalui bukan diminta dan diharapkan.

Pastinya ujian yang melanda rumah tangga tidak dapat dielakkan meskipun daripada kalangan insan yang faham mengenai agama.

Itulah yang dikatakan ujian bagi melihat kemampuan mereka mendepanin­ya dengan sabar dan mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Ambil pengajaran daripada setiap apa yang berlaku dalam kehidupan di sekeliling kita.

Pernikahan dan perceraian antara perkara yang termasuk daripada perkara yang tidak boleh dibuat gurauan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan bergurau tentangnya juga dianggap serius iaitu; nikah, cerai dan rujuk.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

>>Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia