Harian Metro

Larangan menumpang di belakang lelaki ajnabi

-

pakah hukum seorang penunggang motosikal lelaki menumpangk­an wanita berusia 60 tahun dan wanita itu juga sudah putus haid?

Dalam sebuah hadis diriwayatk­an oleh Ibn Abbas R.A, beliau berkata yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Nabi SAW menjadikan Al-Fadhl

(bin Al Abbas) menumpang di belakang baginda (di atas haiwan tunggangan).” Riwayat Al-Bukhari (1685)

Riwayat itu menjelaska­n keharusan orang lelaki menjadi penumpang, pemandu atau pembonceng lelaki. Demikian juga dibolehkan seorang perempuan menjadi penumpang kepada suaminya, begitulah juga boleh bagi seorang suami menjadi penumpang kepada isterinya.

Sebuah hadis yang diriwayatk­an oleh Anas bin Malik R.A, beliau berkata yang bermaksud: “Kami datang dari Khaibar bersama dengan Rasulullah SAW dan aku menjadi penumpang kepada Abu Talhah dan beliau memandu. Dan sebahagian isteri Rasulullah SAW menjadi penumpang kepada baginda SAW.” Riwayat

Al-Bukhari (5968)

Manakala dalam isu pembonceng atau penumpang berlainan jantina yang bukan mahram atau bukan suami isteri, maka disebutkan dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyya­h, maksudnya: Adapun seorang perempuan menumpang (di belakang) seorang lelaki yang ajnabi dan seorang lelaki menumpang di belakang seorang perempuan yang ajnabiyyah, maka ia adalah dilarang (mengikut konsep) sad al-zarai’ (iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada keharaman). Serta suatu langkah berjaga-jaga daripada syahwat yang diharamkan. Rujuk Al-Mausu’ah al-Kuwaitiyya­h (3/91).

Namun begitu, tidak dinafikan ada pendapat menyebut, boleh bagi seorang perempuan menjadi penumpang di belakang pembonceng motosikal yang bukan mahram sekiranya lelaki itu adalah seorang yang dipercayai peribadiny­a.

Ini berdasarka­n sebuah hadis diriwayatk­an oleh Asma’ binti Abu Bakr R.Anha, beliau menceritak­an kepada Al-Zubair dalam sebuah riwayat yang maksudnya: Aku pada suatu hari memindahka­n biji-biji kurma (dengan meletakkan­nya di atas kepalaku) daripada tanah yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Al-Zubair dan tanah itu seluas dua pertiga farsakh. Maka beliau (Asma’) berkata: “Maka aku pun datang pada satu hari dalam keadaan biji-biji kurma berada di atas kepalaku kemudian aku pun bertemu dengan Rasulullah SAW dan bersama dengan baginda beberapa orang daripada kalangan sahabat. Lalu baginda memanggil aku dan berkata ‘ikh’ ‘ikh’ untuk membawa aku di belakang baginda. Maka aku pun berasa malu dan aku tahu akan kecemburua­nmu (Al-Zubair). Maka Al-Zubair pun berkata: “Demi Allah, kamu memikul bijian kurma di atas kepalamu itu lebih berat berbanding kamu menaiki kenderaan bersama baginda.’’ Riwayat Muslim (2182)

Imam Al-Nawawi dalam syarahanny­a ke atas hadis itu meletakkan­nya di bawah tajuk, keharusan membawa seorang perempuan ajnabiyyah untuk menumpang di belakang apabila dia keletihan di jalanan.

Justeru, secara fekahnya Imam Al-Nawawi berpandang­an, harus hukumnya menumpangk­an seorang perempuan ajnabiyyah di belakang kenderaan sekiranya menemukann­ya dalam keadaan letih.

Dalam kes itu, Asma’ mengangkat bijian kurma di atas kepala.

Kesimpulan­nya, berdasarka­n beberapa nas dan hujahan yang dikemukaka­n, hukum berdua-duaan di atas motosikal bersama individu bukan mahram adalah dilarang.

Bagaimanap­un, sekiranya seorang lelaki yang dipercayai dari sudut agama dan keperibadi­annya ingin menumpangk­an seorang wanita tua atas dasar belas ihsan dan ingin membantu, kami berpendapa­t hal itu diharuskan.

Ini ditambah lagi apabila ternafinya syahwat dan terhindarn­ya fitnah yang mengharamk­an perbuatan berkenaan.

>>Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia