Harian Metro

Baca al-Quran guna jari

Wanita johan qariah belajar kitab suci sejak berusia tujuh tahun walaupun buta

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

“Setiap hari saya berdoa supaya Allah celikkan mata hati saya untuk belajar dan membaca al-Quran.

“Alhamdulil­lah, meskipun dalam serba kekurangan dan kepayahan, dengan izin-Nya saya masih diberi peluang membaca kitab suci itu dengan lancar,” kata Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran Braille 2019 (MTQB 2019), Afzan Mustafa.

Wanita berusia 38 tahun dari Kerteh, Terengganu itu berkata, dia mula belajar membaca al-Quran Braille sejak berusia tujuh tahun dan pernah berguru bagi memperkema­skan bacaannya.

Kata Afzan, memang tidak dinafikan, pada awalnya dia menghadapi kesukaran untuk membaca al-Quran dengan betul kerana tidak boleh melihat selain perlu menggunaka­n jari untuk membaca setiap baris ayat di atas al-Quran Braille.

“Namun, alah bisa tegal biasa dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya tidak mahu menjadikan kekurangan yang ada sebagai alasan untuk mengabaika­n kitab suci.

“Ini kerana al-Quran bukan saja adalah panduan, malah pedoman dan penawar kepada semua masalah dalam kehidupan,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup MTQB 2019 di sini, semalam.

Sementara itu, bilal orang kurang upaya (OKU) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini, 19, muncul johan Qari MTQB 2019 kategori lelaki.

Menurut Mohammad Syafiizwan, dia tidak menjangkak­an sama sekali dipilih sebagai pemenang kerana menerima saingan sengit daripada peserta terutama johan tahun lalu.

Kata Mohammad Syafiizwan, ia adalah penyertaan kali keduanya untuk pertanding­an itu selepas muncul naib johan pada edisi sebelumnya. “Ternyata rezeki Allah tidak pernah salah alamat dan saya bersyukur meskipun tidak sempat melakukan persiapan rapi tetapi tetap membuat yang terbaik.

“Kejayaan ini didedikasi­kan untuk keluarga dan semua pihak yang banyak membantu terutama Ustaz Mohd Nor Ibrahim iaitu bekas Imam Masjid Jeram yang juga hakim yang tidak jemu-jemu mengajar,” katanya yang memasang impian mewakili negara ke pertanding­an tilawah peringkat antarabang­sa suatu hari kelak.

MTQB dianjurkan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (Pertis) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Ia diadakan tiga hari bermula 6 Disember lalu dan disertai 40 peserta termasuk dua dari Singapura.

Lima kategori dipertandi­ngkan iaitu saudara baharu, hafazan wanita, hafazan lelaki dan tilawah al-Quran lelaki dan wanita.

Saya tidak menjadikan kekurangan alasan mengabaika­n kitab suci”

Afzan Mustafa

 ??  ?? AFZAN dan Mohammad Syafiizwan johan kategori tilawah wanita dan lelaki MTQB 2019 di Kuala Lumpur, semalam
AFZAN dan Mohammad Syafiizwan johan kategori tilawah wanita dan lelaki MTQB 2019 di Kuala Lumpur, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia