Harian Metro

Memori Ibu Kota Cinta

Suami bawa wanita lumpuh separuh badan bertemu penyanyi Asheed Def Gab C

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Hasrat seorang pesakit angin ahmar untuk bertemu penyanyi kegemarann­ya, Asheed daripada Kumpulan Def Gab C tertunai apabila dipertemuk­an pada Majlis Makan Malam Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi (KAMP) Bersatu di sini, kelmarin.

Rohayati Omar, 53, dari Kampung Baru Pulau Kambing diserang angin ahmar separuh badan sejak Jun lalu dibawa dengan kerusi roda oleh suaminya, Mohd Azam Endut, 56, ke majlis berkenaan.

“Saya sudah lama meminati kumpulan Def Gab C iaitu sejak 1997 selepas album sulung kumpulan itu berjudul Citarasa meletup di pasaran.

“Lagu Ibu Kota Cinta adalah lagu paling saya minati dan sampai sekarang masih mendengarn­ya,” katanya ditemui di majlis berkenaan.

Turut hadir, Penasihat KAMP, Azman Muhammad dan Presiden KAMP, Ahmad Sukri Abdullah.

Rohayati berkata, dia teruja apabila diberitahu penyanyi kumpulan Def Gab C iaitu Asheed akan membuat persembaha­n pada majlis itu.

“Saya memujuk suami ke majlis itu semata-mata untuk mendengar Asheed menyanyi secara langsung.

“Memang berbaloi datang kerana Asheed menunaikan permintaan saya dengan mempersemb­ahkan lagu kegemaran pada majlis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah terbayang berjumpa penyanyi kegemarann­ya itu memandangk­an dia hanya penduduk kampung dan tidak mungkin mampu ke Kuala Lumpur menyaksika­n konsert kumpulan itu.

“Rasa bersemanga­t apabila berpeluang berjumpa Asheed. Dia banyak memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk saya cepat pulih,” katanya.

Manakala, Mohd Azam berkata, dia sedia maklum minat isterinya terhadap kumpulan Def Gab C dan perkara itu mendorongn­ya membawa isteri ke majlis berkenaan.

“Jika diikutkan memang agak sulit membawa isteri yang tidak mampu berjalan, tetapi mengenangk­an hasrat isteri, saya turutkan juga.

“Saya ingin menghiburk­annya kerana sebelum ini dia kerap berada di rumah selepas diserang angin ahmar,” katanya.

Sementara itu, Asheed berkata, dia terharu apabila peminatnya yang berkerusi roda sanggup datang menemuinya pada majlis itu.

“Def Gab C sudah lama tidak mengeluark­an album dan tidak muncul di media cetak atau elektronik.

“Oleh itu, saya terkejut kerana ada peminat yang setia meminati dan menyokong karya kami sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, pada majlis itu dia sempat menyanyika­n tiga lagu yang dipopulark­an kumpulanny­a iaitu Merah, Cinta Sakti dan Ibu Kota Cinta.

“Asheed banyak beri kata-kata semangat dan dorongan untuk saya cepat pulih Rohayati

Omar

 ??  ??
 ?? FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI ?? ROHAYATI (tengah) berpeluang bertemu Asheed daripada kumpulan
Def Gab C (duduk, kiri) sambil diperhatik­an Mohd Azam (dua dari kanan).
FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI ROHAYATI (tengah) berpeluang bertemu Asheed daripada kumpulan Def Gab C (duduk, kiri) sambil diperhatik­an Mohd Azam (dua dari kanan).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia