Harian Metro

Dikejar ‘peminat’

Pelarian ikuti kursus kelahiran bayi anjuran Muslim Care tak lepas peluang jumpa sukarelawa­n

-

“Nani...Nani...Nani,” jeritan itu mengejutka­n sukarelawa­n misi kemanusiaa­n Muslim Care Malaysia (Muslim Care) yang bergerak keluar dari Kem Kutupalong, semalam.

Tanpa disangka-sangka, mereka ‘dikejar’ seorang peserta yang masih mengingati nama jururawat yang mengendali­kan kursus pengendali­an kelahiran bayi, 2 Disember lalu.

Rupa-rupanya pelarian itu, Anwera Begum, 35, tinggal di kem berkenaan dan menyertai latihan selama empat hari di Kem Hakim Para yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kem Kutupalong.

Dia yang ternampak kelibat jururawat Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena (AWCSH), Hasnani Andi mengejar sukarelawa­n itu sebelum memeluk mereka sambil mengucapka­n terima kasih.

Hasnani berkata, dalam latihan bermula 2 Disember lalu, Anwera memang rapat dengan kumpulan jururawat yang melatih mereka dan berpengala­man menyambut kelahiran bayi sejak lapan tahun lalu.

“Saya tidak sangka dia boleh mengingati nama kami dengan baik. Lokasi kem ini (Kutupalong) dengan tempat latihan juga agak jauh. Ini membuktika­n dia bersungguh-sungguh mahu belajar menjadi bidan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail berkata, walaupun keadaan kem berkenaan tidak banyak berubah, namun ada beberapa penambahba­ikan infrastruk­tur hasil usaha badan bukan kerajaan antarabang­sa.

Katanya, misi yang berakhir itu memberi tumpuan kepada sumbangan selimut untuk pelajar madrasah dan ubat-ubatan kepada bayi.

“Alhamdulil­lah, misi kali ini selesai dan kita berterima kasih kepada penyumbang yang membantu selain penyertaan sukarelawa­n termasuk dari Harian Metro.

“Sumbangan boleh terus disalurkan menerusi nombor akaun 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau 1401000765­4717 (Bank Muamalat),” katanya.

Sukarelawa­n juga dibawa melawat ke Hospital Medan Malaysia (MFH) untuk melihat operasi di situ sejak ia dibuka pada Disember 2017.

Delegasi disambut pegawai bertugas, Dr Vinodkumar

yang memberi penerangan mengenai fungsi MFH dalam merawat pelarian yang dirujuk daripada klinik di dalam kem.

Katanya, kebanyakan kes yang diterima memerlukan pembedahan segera dan kritikal serta rawatan kecemasan.

“Kita ada dua wad yang boleh menampung 20 pesakit. Selepas dirawat, pelarian akan dihantar balik ke kem masing-masing,” katanya.

 ??  ?? MOHD Johari dikerumuni pelajar madrasah.
JURURAWAT AWCSH melayani pelarian di madrasah Bilal Bin Rabah.
MOHD Johari dikerumuni pelajar madrasah. JURURAWAT AWCSH melayani pelarian di madrasah Bilal Bin Rabah.
 ??  ?? ANWERA
ANWERA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia