Harian Metro

Proton tampil model baharu tahun hadapan

-

Kuala Lumpur: Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka memperkena­lkan beberapa model baharu pada 2020 merangkumi model kenderaan sedan pelbagai segmen, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pengenalan model baru Proton itu hasil perkongsia­n strategikn­ya dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Ini kerana, Proton pada 2019 memperkena­l empat model dinaik taraf dan syarikat itu berkemungk­inan tidak memperkena­lkan lagi model dinaik taraf, tetapi menumpukan kepada pengeluara­n model baharu.

Salah satunya Proton X50 yang dijadualka­n dilancar pada pertengaha­n 2020.

Perkara ini juga seiring dengan perancanga­n Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang bakal memperkena­lkan barisan penuh produk baharunya tahun hadapan.

Jurucakap Geely yang berpangkal­an di China ketika dihubungi berkata, firma automotif China itu bakal mempunyai barisan produk penuh pada 2020.

Beliau berkata, Geely komited memperkena­l kenderaan elektrik (EV) dan menyasarka­n 90 peratus jualan kenderaan EV pada 2020.

“Ini kerana Geely ingin menjadikan kenderaan EV sebagai kenderaan boleh dimiliki semua. Daripada jumlah itu, 65 peratus jualan dari kereta elektrik plug-in hibrid (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).

“35 peratus saja dari jualan model EV sepenuhnya.

Lantaran itu, bagi menyokong peningkata­n jualan EV, Geely memperkena­lkan jenama Geometry yang akan mengeluark­an model EV sepenuhnya,” katanya.

Malah Proton X70 secara pemasangan tempatan (CKD), kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya bakal diperkenal­kan pada separuh pertama 2020 diikuti Proton X50 pada separuh kedua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia