Harian Metro

Langkah awal

My Beaute Village buka cawangan di pusat beli-belah Toppen, tarik pelanggan dari Singapura

- Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Anak syarikat Magicboo Beauty, My Beaute Village yakin pembukaan cawangan kelimanya di pusat beli-belah Toppen akan dapat menarik pelanggan dalam kalangan rakyat Singapura untuk berbelanja di situ.

Ketua Pegawai Eksekutif My Beaute Village, Winson Chang King Seong berkata, pembukaan cawangan baharu dan satu-satunya di Johor dilihat sebagai langkah awal syarikat itu melebarkan sayap perniagaan ke pasaran luar negara bermula di republik itu.

“Kita memang mempunyai perancanga­n jangka panjang untuk memperluas­kan My Beaute Village ke pasaran luar dan Singapura adalah negara jiran pertama yang kita sasarkan mungkin dalam masa setahun lagi.

“Kita tahu rakyat Singapura ramai yang berkunjung ke Johor Bahru dan pemilihan Toppen sebagai cawangan baharu menguatkan keyakinan untuk melaksanak­an hasrat perancanga­n jangka panjang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada

Majlis Pembukaan

Rasmi cawangan My Beaute Village di pusat beli-belah Toppen, semalam.

Hadir dijemput merasmikan pembukaan cawangan baharu itu adalah penyanyi tanah air, Masya Masyitah.

My Beaute Village di Toppen adalah cawangan kelima selepas pembukaan pertamanya bermula Disember 2018 di EKO Cheras Mall Kuala Lumpur dan dalam masa tiga bulan, empat cawangan lain berjaya dibuka di IOI Mall Puchong, Aeon Mall Klebang Ipoh, Vivacity Megamall Kuching dan Toppen sendiri.

Chang berkata, pihaknya akan membuka lapan lagi cawangan di seluruh negara yang akan ditempatka­n di pusat beli-belah utama di seluruh negara yang dijangka siap sepenuhnya pertengaha­n 2020.

Beliau berkata, pihaknya optimis untuk membawa produk yang organik dan semula jadi, berkualiti tinggi yang ada di kawasan luar bandar Eropah utara kepada pelanggan mereka.

Lapan lagi cawangan akan dibuka di seluruh

negara

 ??  ?? CHANG dan Masya menunjukka­n antara produk My Beaute Village pada Majlis Pembukaan Rasmi cawangan My Beaute Village di pusat beli-belah Toppen, semalam.
CHANG dan Masya menunjukka­n antara produk My Beaute Village pada Majlis Pembukaan Rasmi cawangan My Beaute Village di pusat beli-belah Toppen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia