Harian Metro

Amerika, Iran tukar tahanan

-

Washington: Amerika Syarikat dan Iran buat pertama kali mencapai persetujua­n melakukan pertukaran tahanan kelmarin, melalui rundingan diusahakan Switzerlan­d dengan Presiden Donald Trump memuji Iran yang menjayakan pembebasan itu.

Amerika membebaska­n saintis perubatan Iran, Massoud Soleimani yang ditahan di negara itu atas tuduhan melanggar sekatan perdaganga­n kerana cuba membawa bahan biologi ke Iran selepas Teheran mengumumka­n pembebasan pelajar Universiti Princeton, Xiyue Wang.

Wang, rakyat Amerika berketurun­an Cina dijatuhkan hukuman penjara bagi dakwaan menyusup masuk ke Iran dan menghantar material sulit ke luar negara.

Semalam, Trump melalui Twitter berterima kasih kepada Iran berikutan pembebasan Wang dan Massoud itu yang dianggapny­a sebagai rundingan adil.

“Tengok, kita boleh mencapai persetujua­n bersama!” tulisnya di Twitter.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menulis di Twitter: “Dengan gembiranya Profesor Massoud Soleimani dan Xiyue Wang akan bertemu keluarga mereka tidak lama lagi.

“Ribuan terima kasih kepada semua pihak terbabit terutama kerajaan Switzerlan­d.”

Mohammad Javad turut memuat naik gambarnya berbual dengan Massoud di atas pesawat Iran.

Ketegangan Iran dan Amerika memuncak selepas Trump mengeluark­an negaranya daripada perjanjian nuklear Iran bersama kuasa dunia lain pada Mei 2018.

Sejak itu Amerika mengenakan sekatan ekonomi yang ketat terhadap Iran, termasuk penjualan minyak Teheran dalam usaha mendesak Iran kembali ke meja rundingan bagi program nuklear negara itu. - Agensi

 ??  ?? MOHAMMAD Javad (kiri) bergambar dengan Massoud sebelum menaiki sebuah pesawat Iran. - Agensi
MOHAMMAD Javad (kiri) bergambar dengan Massoud sebelum menaiki sebuah pesawat Iran. - Agensi
 ??  ?? XIYUE Wang ditahan di Iran ketika membuat kajian mengenai Parsi. - Reuters
XIYUE Wang ditahan di Iran ketika membuat kajian mengenai Parsi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia