Harian Metro

‘LIHAT PADA LOGIK JUGA...’

Zaryn elak terima watak ibu jika boleh jadi bahan persendaan apabila ditayang

- Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Walaupun usianya baru mencecah 39 tahun, Zaryn Min sudah memegang watak ibu. Baginya situasi sedemikian dianggap biasa dalam industri penerbitan drama sekarang berikutan pengaruh sinetron dari negara jiran.

Jelasnya, dia sedar perkara itu hangat diperkatak­an dan menjadi perdebatan, namun sebagai pelakon dia perlu menerimany­a dengan hati terbuka.

Bagaimanap­un, sebagai pelakon, Zaryn atau nama sebenarnya Noraszarin­awati Tumin tetap melihat logiknya watak ibu yang dijayakan agar ia tidak menjadi bahan sendaan penonton apabila karya disiarkan kelak.

“Sebagai pelakon yang sudah lama berkecimpu­ng dalam bidang lakonan kadang-kadang saya sendiri akan melihat kepentinga­n dan logik paparan watak ibu yang ditawarkan kepada saya.

“Saya faham kebanyakan penonton kita banyak terpengaru­h dengan watak ibu yang disiarkan drama bersiri dari seberang.

“Kalau kita menonton sinetron, kita akan lihat watak ibu yang dipaparkan agak muda, seksi dan suka bergaya. Lebih-lebih lagi kalau ia membabitka­n watak ibu mentua yang jahat. Bagi saya ia sedikit sebanyak turut mempengaru­hi penonton,” katanya.

Atas alasan itu juga tambah pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Anak

Mami: The Movie,

Dunia Baru The Movie, stesen TV juga terpaksa memenuhi kehendak penonton tempatan dan mula meminta kepada produksi serta pengarah menampilka­n watak ibu muda.

“Selalunya kalau ditawarkan watak ibu, saya akan lihat dulu siapa pelakon yang menjadi anak dan berapa umur mereka. Kalau yang berlakon itu kanak-kanak atau budak remaja, ia masuk akal, tetapi kalau pelakon itu berusia akhir 20-an dan wajahnya nampak terlalu matang biasanya saya akan tolak.

“Saya tidak mahu kalau terima semata-mata kerana mahu berlakon, nanti penonton tidak nampak logiknya dan mereka tidak dapat fokus apabila menonton drama terbabit,” katanya.

Kata Zaryn, ada sesetengah pelakon memegang watak ibu walaupun masih muda, tetapi apabila di layar atau kaca TV tampak sangat meyakinkan. Mengambil contoh Dynaz yang baginya pelakon berkaliber walaupun membawakan watak ibu. Sedangkan Dynaz juga masih lagi muda.

“Kalau ikutkan saya ada juga dapat watak ibu kepada anak yang nampak lebih kurang seusia disebabkan saya bertubuh kecil.

“Begitu juga dengan Norkhiriah. Dia pelakon yang sangat bagus, tetapi kalau yang menjadi anaknya itu bertubuh besar dan wajahnya matang pun tidak boleh juga disebabkan Norkhiriah bertubuh kecil, ini membuatkan dia nampak muda,” katanya.

Kata Zaryn, dalam drama Nenek Aku Instafamou­s yang ditayangka­n 7 Disember lalu di slot Panggung RTM di TV1, dia memegang watak ibu kepada Ewal.

“Kalau lihat saya dan Ewal, memang sesuai kami menjadi pasangan ibu dan anak sebab Ewal sendiri bertubuh kecil dan comel. Usianya pun masih muda.

“Namun, ada juga produksi yang bijak. Mereka menawarkan saya watak ibu tiri kepada Amyra Rosli dalam drama Kan Ku Kejar

Cinta Kamu. Walaupun kami nampak seperti adik dan kakak, status ibu tiri itu membuatkan ia logik dan turut menjadi penggerak cerita,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kelangsung­an kerjaya seni, kata pelakon yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja ini, dia sudah merasai semuanya kecuali beraksi di pentas teater.

“Saya takut untuk mencuba kerana berasakan diri ini tidak ada ilmu lakonan pentas. Apatah lagi saingan dalam dunia lakonan teater besar, lebihlebih lagi kita mempunyai ramai pelakon yang lahir dari sekolah seni seperti Aswara.

“Ada juga yang panggil untuk sesi uji bakat, tetapi saya belum berani mencuba. Mungkin juga selepas ini saya mahu melakukann­ya, tetapi biarlah dengan watak kecil. Bagi saya kutip ilmu dulu sebelum boleh menumpukan perhatian dalam bidang lakonan teater dengan lebih serius,” katanya.

Kalau yang berlakon itu kanak-kanak atau budak remaja, ia masuk akal, tetapi kalau pelakon itu berusia akhir 20-an dan wajahnya nampak terlalu matang biasanya saya akan tolak ZARYN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia