Harian Metro

RAHMAT UNTUK MAHASISWA

Food Bank dimanfaatk­an demi menampung keperluan harian FOKUS

- Oleh Fazurawati Che Lah fazurawati@mediaprima.com.my

“Hampir dua hari saya menahan lapar, sehinggala­h satu malam tergerak menghubung­i pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk memohon bantuan makanan.

“Syukur mereka melayan permintaan dan mencadangk­an saya ke pusat Food Bank bagi mengambil sedikit makanan selepas diterangka­n masalah dihadapi. Saya tidak akan lupa jasa mereka membantu saya yang sedang kelaparan,” kata penuntut mualaf universiti awam (UA) di ibu kota yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus.

Firdaus, 20, berkata, dia kehabisan wang belanja apabila ibu bapanya menyekat perbelanja­an kerana membantah memeluk agama Islam sejak dua bulan lalu.

Malah dia yang tidak membuat pinjaman pendidikan buntu ketika itu kerana perbelanja­annya di kampus ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa sejak menyambung pengajian di universiti itu setahun lalu.

Katanya, rutinnya kini dia akan ke Food Bank sekali seminggu untuk mengambil makanan seperti beras, gula, biskut, mi segera dan minuman untuk kegunaan tiga atau empat hari.

“Alhamdulil­lah mereka memahami situasi saya. Penyelaras Food Bank juga sentiasa mengambil berat keperluan saya selain bantuan rakan.

“Sekarang saya kini menunggu kelulusan zakat daripada pihak universiti dan pada masa sama membuat kerja sambilan untuk menampung perbelanja­an harian,” katanya.

Firdaus memberitah­u, kewujudan Food

Bank benar-benar membantu mahasiswa yang memerlukan bagi meringanka­n perbelanja­an untuk keperluan makanan.

Program Food Bank Siswa yang dilaksanak­an di hampir keseluruha­n institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 penuntut dalam usaha meringanka­n beban kos sara hidup mahasiswa sejak dilancarka­n pada Februari lalu.

Ia adalah kesinambun­gan program Food Bank Malaysia yang dilancarka­n pada Ogos lalu dan memberi manfaat kepada 37,000 individu dari kumpulan B40 di seluruh negara.

Food Bank Siswa digerakkan melalui dua kaedah, iaitu Food Pantry yang menyediaka­n bekalan makanan kering sebelum diagihkan kepada mahasiswa yang layak serta Central Kitchen iaitu kemudahan logistik seperti dapur untuk meletakkan bahan mentah yang selamat, namun tidak habis dijual di pasar raya.

Sementara itu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Hairul Faizi Hairul Nizam, 19, berkata, dia bersyukur kerana Putra Food Bank banyak meringanka­n keperluan makanan hariannya.

Katanya, perbelanja­an pengajian di UA itu ditanggung ayahnya dan setiap bulan RM300 diberikan termasuk untuk menampung keperluan makan dan minum.

“Dalam keadaan ekonomi dan harga makanan yang semakin meningkat, saya perlu berjimat dengan duit yang diberikan ayah serta memperuntu­kkan wang belanja kira-kira RM10 sehari.

“Sekiranya perbelanja­an harian terlebih, saya terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada roti untuk mengalas perut,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Dia bersyukur adanya Putra Food

Bank di kampus itu dan sentiasa memanfaatk­an kemudahan itu dengan mengambil barangan makanan pada setiap minggu untuk keperluan selama tiga atau empat hari.

“Food Bank ini juga mampu meringanka­n perbelanja­an terutama dalam menguruska­n keperluan makanan,” katanya yang kini turut menjadi sukarelawa­n di Putra food Bank.

Nurul Athirah Fatma Rusli, 21, yang menginap di luar kampus mengakui kewujudan Food Bank banyak membantu dia berjimat cermat untuk keperluan makanan.

“Apabila tinggal di luar kampus, perbelanja­an juga meningkat kerana perlu membayar sewa rumah, jadi untuk berjimat cermat saya memilih untuk memasak.

“Walaupun tiada bahan mentah seperti sayuran, daging atau ayam, sekurangku­rangnya menjimatka­n duit poket saya untuk membeli keperluan asas seperti gula, tepung dan roti,” katanya.

Dia juga tidak meragui barangan yang dibekalkan Food Bank kerana kebanyakan keperluan itu berkualiti dan mempunyai tarikh luput.

Sekiranya perbelanja­an harian terlebih, saya terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada roti untuk mengalas perut

HAIRUL FAIZI

Walaupun tiada bahan mentah seperti sayuran,

daging atau ayam, sekurangku­rangnya menjimatka­n duit poket saya untuk membeli keperluan asas seperti gula,

tepung dan roti

NURUL ATHIRAH

 ??  ??
 ??  ?? PENUNTUT mengambil peluang mengambil makanan di Food Bank pada waktu rehat.
PENUNTUT mengambil peluang mengambil makanan di Food Bank pada waktu rehat.
 ??  ?? BARANGAN yang disediakan Food Bank berkualiti dan mempunyai tarikh luput.
BARANGAN yang disediakan Food Bank berkualiti dan mempunyai tarikh luput.
 ??  ?? HAIRUL FAIZI ketika melihat barangan di Putra Food Bank.
HAIRUL FAIZI ketika melihat barangan di Putra Food Bank.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia