Harian Metro

MSU antara universiti terbaik di Asia

-

Management and Science University (MSU) menjadi antara universiti di Malaysia yang mencatat kedudukan terbaik apabila disenaraik­an dalam Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings (WUR) Asia 2020.

MSU berada pada kedudukan ke-179 dalam kalangan 550 universiti terbaik Asia, sekali gus pencapaian terbaik MSU sejak disenaraik­an buat pertama kali dalam ranking berkenaan pada 2018 dan menjadi universiti swasta dengan peningkata­n ranking terbaik di Malaysia iaitu sebanyak 92 kedudukan.

Pengiktira­fan yang diperoleh itu menjadi penanda aras kepada universiti dalam melihat sama ada program yang dijalankan adalah relevan untuk melahirkan graduan yang seimbang, holistik dan versatil pada masa depan serta selaras moto MSU iaitu Transformi­ng Lives, Enriching Future.

Malah MSU turut menekankan kepada pembanguna­n universiti dan melahirkan graduan holistik pada masa depan melalui enam indikator tersendiri iaitu industri dan kebolehpas­aran, keusahawan­an, pengantara­bangsaan, memperbaik­i komponen penyelidik­an, program lestari dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajar­an sepanjang hayat.

Penilaian QS World University Rankings (WUR) Asia 2020 menggunaka­n 11 indikator termasuk rangkaian penyelidik­an antarabang­sa, pertukaran inbound, pertukaran outbound, nisbah penyelidik­an fakulti, pelajar antarabang­sa, fakulti antarabang­sa, staf fakulti dengan Phd, sitasi fakulti, pelajar fakulti, reputasi majikan dan reputasi akademik.

Peningkata­n membanggak­an MSU dalam QS World University Rankings (WUR) Asia 2020 adalah kesinambun­gan kepada usaha dan komitmen berterusan MSU dalam memperkasa­kan aspek pengantara­bangsaan menerusi aspek jenama, komuniti penyelidik­an, pelajar, staf serta fasiliti.

MSU turut menyasarka­n untuk mempunyai 50 peratus kakitangan antarabang­sa, 20 peratus penuntut antarabang­sa dan 300 rakan institusi di seluruh dunia bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menjadi Malaysia sebagai hab pendidikan antarabang­sa.

Selain itu, MSU sentiasa merancang memperkasa­kan komponen dan ekosistem budaya penyelidik­an merentas sempadan yang membabitka­n kerjasama antarabang­sa dan kepelbagai­an disiplin termasuk penyelidik­an.

Melalui Research Management Centre (RMC), MSU memberi fokus kepada penyelidik­an translasi serta pengkomers­ialan membabitka­n 25 bidang seperti Keselamata­n Siber, Keusahawan­an, Data Raya, Kelestaria­n Alam Sekitar, Blindness Prevention, Cosmeceuti­cal Design,

Solusi Inovasi Kejurutera­an,

Teknologi Farmaseuti­kal, Media Sosial, Kelestaria­n Sumber Tenaga, Sains Forensik, Pendidikan

Alaf ke-21, Perubatan Kompliment­ari dan Tradisiona­l dan lain-lain.

Usaha RMC ini disokong peranan empat Pusat Kecemerlan­gan

MSU iaitu Leadership & Entreprene­urship Advancemen­t Institute (LEAD), The Internatio­nal Centre for Halal Studies (ICHLAS), Informatio­n Technology and Innovation Centre (ITIC) dan Centre for Cyber Security and Big Data(CSBD)

Pengiktira­fan terkini QS itu menunjukka­n MSU berada di landasan yang tepat dengan matlamat dan visi utama iaitu melahirkan graduan yang mempunyai personalit­i yang seimbang, holistik dan kompeten serta mencapai tahap tertentu di peringkat antarabang­sa.

 ??  ?? MSU berada pada kedudukan ke-179 dalam QS WUR Asia 2020.
MSU berada pada kedudukan ke-179 dalam QS WUR Asia 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia