Harian Metro

KEJAYAAN TIDAK DATANG SEKELIP MATA

Bekas pendidik terima ganjaran selepas sabar hadapi dugaan getir dalam perniagaan

- Oleh Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Dalam tempoh setahun, perniagaan langsung tidak ada jualan hinggakan semua simpanan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan menanggung kos kerugian NURUL IMAN

Perjalanan hidup setiap individu berbeza, ada yang perlu melalui laluan berliku, ada hanya dikurniaka­n jalan pintas untuk tiba ke sesuatu destinasi.

Begitulah suratan kehidupan, bukan mudah untuk naik ke puncak, namun tidak susah juga jatuh ke bawah. Pendek kata semuanya memerlukan kekuatan luar biasa dalam mencapai apa saja impian hidup.

Perkenalan penulis dengan wanita kelahiran Pulau Pinang ini sungguh mengujakan. Mana tidaknya dia memiliki aura istimewa yang membuatkan ramai ingin mengikuti perkembang­an dirinya terutama tatkala menyaksika­n sendiri jatuh bangun sebagai usahawan wanita.

Daripada seorang tenaga pendidik, dia memberanik­an diri menceburi bidang perniagaan fesyen, satu persatu dugaan ditempuh, namun wanita ini tetap teguh berdiri hingga kini.

Semangat dan kesungguha­n luar biasa itu melayakkan Nurul Iman Fatihah Abdul Razak, 30, dianugerah­kan sebagai Wanita Berjaya Dalam Perniagaan dalam majlis anugerah ‘Top Young CEO 2019’ Malaysia anjuran Ikon Malaysia dengan kerjasama Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), baru-baru ini.

Apabila ditanya perjalanan hidupnya, Nurul Iman Fatihah tersenyum hiba, air mata menitis membasahi pipi. Selepas 13 tahun berkecimpu­ng dalam dunia perniagaan, kini dia mampu tersenyum bangga.

Sememangny­a dia layak dijadikan inspirasi dan contoh, bukan saja dalam bidang perniagaan malah sebagai seorang ibu dan isteri berkerjaya.

Menurut Nurul Iman Fatihah, bukan mudah untuk berjaya apatah lagi apabila pernah hidup selesa hasil pendapatan tetap setiap bulan bergelar guru.

“Sebenarnya saya tidak rasa layak untuk berkongsi cerita kerana saya bukanlah sesiapa. Namun apabila difikir kembali, saya cuba memberi kekuatan kepada wanita dan anak muda yang masih terkapai-kapai mencari arah hidup.

“Saya sama seperti individu lain yang mengimpika­n kehidupan selesa untuk dikongsika­n bersama keluarga. Syukur dikurniaka­n suami yang bertanggun­gjawab, namun saya sudah biasa berdikari dan itu membuatkan tekad mengecapi impian hidup,” katanya.

Katanya, ternyata perjalanan­nya selepas berhenti menjadi pendidik tidak seperti diharapkan apabila terpaksa menanggung satu persatu dugaan.

“Dalam tempoh setahun, perniagaan langsung tidak ada jualan hinggakan semua simpanan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan menanggung kos kerugian.

“Ketika itu hanya air mata menjadi teman setia, dugaan daripada pesaing perniagaan juga tidak kurang hebat, namun saya tidak mahu mengalah,” katanya.

Namun Nurul Iman Fatihah tidak berputus asa, dia kumpul semangat dan kekuatan meneruskan kehidupan dan perjalanan perniagaan Xiomara Global.

“Saya rangka kembali strategi baharu, lakukan perubahan yang dirasakan mampu memberikan untung walaupun cuma sedikit selain mencari kelainan daripada apa yang sedia ada dalam industri fesyen tudung semasa.

“Syukur usaha itu sedikit sebanyak menampakka­n hasil dan jenama semakin hari semakin dikenali terutama dalam kalangan korporat,” katanya.

Menurut Nurul Iman Fatihah, dia juga tidak melupakan generasi muda yang mempunyai kelayakan dengan mengambil golongan itu bekerja bersamanya selain wanita yang menjadi ejen serta stokis.

“Kejayaan yang saya lalui ini bukan hasil usaha sendiri, ia juga hasil kerja keras pekerja yang kebanyakan­nya adalah anak Melayu.

“Syukur, di samping mengejar impian sendiri, saya juga dapat berkongsi rezeki dengan generasi muda dan wanita dalam meneruskan kehidupan mereka,” ujarnya.

KONGSI REZEKI

Kata ibu kepada seorang cahaya mata ini, pokok pangkal adalah hati, jangan sesekali buruk sangka dengan takdir Ilahi kerana ujian yang datang semuanya bersebab.

“Syukur, daripada detik itu hingga kini, saya mampu meneruskan semua urusan dengan baik. Saya belum jadi orang kaya malah masih perlu menanggung untung rugi setiap bulan namun hati saya tenang.

“Benarlah seperti yang dijanjikan Allah SWT, berusahala­h dan jangan putus asa kerana insan yang bersabar itu pasti diberikan ganjaran setimpal,” ujarnya.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka daripada langsung tidak mempunyai jualan dalam tempoh setahun kini dia boleh berdiri teguh dalam bidang fesyen tudung.

“Anugerah yang diterima ini juga sangat memeranjat­kan. Bayangkan anugerah ini mempunyai 500 pencalonan dan saya hanyalah nama kecil tetapi mungkin inilah yang dinamakan rezeki, semua susah payah saya kini terbayar.

“Syukur, suami, anak dan ahli keluarga sangat memahami dan membantu tatkala susah mahu pun senang. Memang lumrah jika orang mengata di saat kita jatuh namun jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KETIKA menerima anugerah pada majlis anugerah anjuran Ikon Malaysia dengan kerjasama MOCAD, baru-baru ini.
KETIKA menerima anugerah pada majlis anugerah anjuran Ikon Malaysia dengan kerjasama MOCAD, baru-baru ini.
 ??  ?? BERSAMA suami yang banyak berkongsi suka duka.
BERSAMA suami yang banyak berkongsi suka duka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia