Harian Metro

Jaguh Manchester

Rashford, Martial sukarkan kempen City

- Reuters

Kami perlu terus mencuba, banyak

perkara perlu diberi perhatian

Pep Guardiola

Harapan Manchester City mempertaha­nkan gelaran Liga Perdana Inggeris semakin terjejas selepas tewas 1-2 di tangan Manchester United di tempat sendiri, awal pagi semalam sekali gus menyaksika­n skuad Pep Guardiola ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Jaringan penalti Marcus Rashford dan Anthony Martial membantu skuad Ole Gunnar Solskjaer mendahului 2-0 sebelum rehat dan City hanya mampu mengurangk­an defisit pada minit ke-85 menerusi Nicolas Otamendi.

Kekalahan City itu yang keempat musim ini dan 32 mata diraih paling buatau ruk buat Guardiola dalam kariernya sebagai pengurus selepas 16 perlawanan.

“Kami perlu terus mencuba, banyak perkara perlu diberi perhatian. Kami dalam situasi sukar kerana lawan berada pada kemuncak prestasi dengan 15 kemenangan daripada 16 perlawanan,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

“Tidak kira enam, lapan 14 mata, kami perlu terus mencuba. Kami pasukan yang fantastik.”

Bagi United, yang melonjak ke tangga kelima dan lapan mata di belakang City adalah kejayaan terbesar buat Solskjaer serta melengkapk­an minggu hebat selepas menewaskan Tottenham kendalian Jose Mourinho, Rabu lalu.

“Kami pasti mengingati aksi ini, kami tampak lebih bahaya apabila mendapat bola dan terus menyerang pasukan terbaik dunia,” kata pengendali dari Nor way itu.

United kerap mengancam kubu City menerusi serangan balas pantas dan gandingan Daniel James serta Martial menguji ketangkasa­n penjaga gol City, Ederson sebelum Rashford membuka tirai jaringan menerusi penalti.

Reviu VAR mengesahka­n Bernardo Silva menjatuhka­n Rashford dalam kotak penalti dan penyerang United itu tenang menyempurn­akannya pada minit ke-23.

Rashford terlepas peluang terbaik menggandak­an jaringan apabila rembatan dari luar kotak penalti terkena palang tetapi jaringan kedua menyusul enam minit kemudian menerusi rembatan leret Martial selepas bertukar hantaran dengan James.

Lima minit sebelum tamat, Otamendi menanduk masuk susulan sepakan sudut Riyad Mahrez namun ia sudah terlambat buat City.

 ??  ?? PEMAIN Manchester City, Nicolas Otamendi (empat dari kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan menentang United.
PEMAIN Manchester City, Nicolas Otamendi (empat dari kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan menentang United.
 ??  ?? RASHFORD jaringkan gol pertama United.
RASHFORD jaringkan gol pertama United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia