Harian Metro

Afif lega atasi rintangan

- MOHD FADLI HAMZAH

FOTO:

“Kejayaan ini menyuntik semangat kami

Che Ku Jonaidi

Terima kasih kepada pasukan yang sudah bekerja keras selama dua tahun ini secara konsisten sejak awal musim”

Ahmad Afif Amran

Sepang: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran mengakui berdepan saingan lebih sengit untuk mempertaha­nkan gelaran kelas perdana CP150 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim ini.

Pelumba berusia 24 tahun itu berkata, ia antaranya berikutan faktor perubahan peraturan motosikal selain cabaran daripada beberapa pelumba berpengala­man.

“Jika dibandingk­an dengan musim lalu, persaingan kali ini agak sengit kerana ada pelumba seperti Kasma (Daniel Kasmayudin).

“Selain itu, perubahan berkaitan peraturan motosikal memberi saingan lebih mencabar dalam setiap perlumbaan sekali gus menuntut kami memberi komitmen sepenuhnya,” katanya.

Afif sah mempertaha­nkan gelaran selaku ‘Raja Litar’ bagi kategori CP150 selepas berakhir pusingan ke-9 di Jempol, Negeri Sembilan, bulan lalu.

Pada aksi penutup tirai di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) semalam, dia berada di tempat kedua namun muncul juara keseluruha­n dengan mengumpul 167 mata.

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan dengan catatan masa 14 minit 33.350 saat, manakala pelumba ONE XOX TKKR SAG Team, Muzakkir Mohamed di tempat ketiga (14:33.517s).

“Terima kasih kepada pasukan yang sudah bekerja keras selama dua tahun ini secara konsisten sejak awal musim.

“Alhamdulil­lah, saya kekal menaiki podium dan ia menyuntik semangat untuk terus fokus bagi kejuaraan tahun depan,” kata Afif.

 ??  ?? AFIF (kanan) bersaing dengan pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem pada pusingan akhir Cub Prix, semalam.
AFIF (kanan) bersaing dengan pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem pada pusingan akhir Cub Prix, semalam.
 ??  ?? AFIF mempamerka­n trofi juara kelas CP150, semalam.
AFIF mempamerka­n trofi juara kelas CP150, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia