Harian Metro

Raih 4 gelaran

PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing unggul

- Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro. com.my

PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing membuktika­n keunggulan mereka apabila membolot empat gelaran pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berakhir semalam.

Pada perlumbaan pusingan akhir di Litar Antarabang­sa Sepang, pasukan itu memuktamad­kan gelaran sebagai pasukan terbaik CP150, CP115 dan juara keseluruha­n pelumba dalam dua kategori berkenaan.

Kejayaan itu diraih menerusi juara bertahan kelas CP150, Ahmad Afif Amran yang mengutip 167 mata manakala Syukran Aizat Yusoff merangkul (gambar) kejuaraan sulungnya dalam kelas CP115 dengan 176 mata.

Kecemerlan­gan dua pelumba berpengala­man itu sekali gus membantu PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing muncul pasukan terbaik dengan mengunggul­i keseluruha­n 10 saingan musim ini.

Pemilik pasukan itu, Che Ku Jonaidi Che Ku Sin menganggap pencapaian itu luar biasa kerana mereka hanya menyasarka­n dua gelaran kejuaraan.

“Alhamdulil­lah, berkat usaha gigih semua pelumba dan kru sepanjang musim ini membuahkan hasil dengan meraih empat gelaran buat pasukan.

“Kejayaan ini menyuntik semangat kami untuk terus bersaing musim depan termasuk perlumbaan di peringkat Asia,” katanya.

Pencapaian itu turut mengulangi rekod yang pernah diraih PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada 2017.

“Ia detik permulaan yang baik buat kami untuk terus menambah baik kualiti pelumba sedia ada hingga ke peringkat lebih tinggi.

“Selain itu, kami berhasrat membentuk pelumba pelapis untuk bersaing secara kompetitif pada masa depan,” kata Che Ku Jonaidi.

Bagi kelas CP115, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing mengutip keseluruha­n 242 mata diikuti PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor (225) dan Idemitsu Honda Yuzy Racing (129).

Pasukan itu turut cemerlang dalam kelas CP150 dengan memungut 249 mata, diikuti PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor (228) dan Idemitsu Honda Yuzy Racing (188).

Dalam pada itu, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, Aliff Danial muncul juara keseluruha­n bagi kelas Wira dengan mengumpul 145 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia