Harian Metro

Perlumbaan Races of Malaysia penutup tabir SIC 2019

-

menunjukka­n kredibilit­i Litar Sepang mampu menganjurk­an lebih banyak kejohanan bertaraf dunia pada masa akan datang.

“Perlumbaan lasak 8 jam Sepang ini juga acara baharu kalendar EWC yang berfungsi sebagai kelayakan untuk perlumbaan 8 jam Suzuka,” katanya.

Beliau berkata, acara jentera dua roda EWC disertai pelumba negara antaranya Hafizh Syahrin Abdullah,

Azlan Shah Kamaruzama­n, Adam Norrodin, Farid Badrul Hisham, Ahmad Danial Haikal dan Zaqhwan Zaidi manakala acara jentera empat roda WTCR disertai Mitchell Cheah dan pelumba veteran Touring Car, Douglas Khoo.

“Hafizh Syahrin juga satu-satunya pelumba beraksi dalam kedua-dua acara, manakala Mitchell adalah pelumba termuda memenangi tiga kejuaraan TCR di Jerman,” katanya.

Peminat sukan permotoran berpeluang berjumpa dengan lebih dekat, sesi mengambil gambar dan autograf bersama pelumba yang mereka minati.

Ia satu suasana yang pasti menarik dan berbeza berbanding kejuaraan Grand Prix MotoGP dan Formula Satu.

Sementara itu, Razlan turut menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada acara berprestij itu.

“Sokongan peminat sukan permotoran di Malaysia amat bermakna memandangk­an bukan saja kami menganjurk­an, malah pelumba negara juga beraksi pada kejohanan ini.

“Dengan adanya Races of Malaysia ini, SIC mampu dan bersedia menganjurk­an acara berprestij dunia pada masa depan selain F1 dan MotoGP,” katanya.

Promosi tiket berharga RM150 untuk pemegang MyKad bagi tempat duduk utama kini boleh dibeli dalam talian di https:// www.sepangcirc­uit.com/ ticketing/wtcr-ewc/wtcrewc selain pada hari kejohanan, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun boleh masuk secara percuma.

Dalam menunggu acara Races of Malaysia berlangsun­g, SIC akan menganjurk­an program ‘Down Town City Parade’ di Dataran Merdeka, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia