Harian Metro

Hayunan perak

Safiyah gagal tuai emas Masters wanita semalam

-

Harapan untuk melihat kem boling negara menambah pungutan pingat emas hampa apabila Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sekadar meraih perak dalam kategori Masters wanita akhir di sini, semalam.

Safiyah, 29, tumbang dalam pertarunga­n stepladder penuh dramatik di tangan pemain Singapura, New Hui Fen 194-213.

Katanya, walaupun sudah memberikan aksi terbaik namun rezeki ternyata tidak memihak pasukan negara kali ini.

Meskipun kecewa, dia tetap berbangga kerana ia pencapaian terbaiknya dalam acara Masters.

“Bila dah sampai stepladder akhir, memang saya nak pingat emas, tapi

Clark: Meskipun dilihat cukup sukar untuk melepasi sasaran 70 pingat emas, Ketua Kontinjen ke Sukan Sea (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin tetap tidak mahu mengalah.

Jelas Megat, ketika ini beliau mengharapk­an beberapa acara yang tidak diletakkan sebagai prospek untuk memenangi emas mampu membuat kejutan.

“Saya tak boleh berputus asa. Takkan saya nak kata tak boleh (capai sasaran).

“Saya orang silat dan orang silat ini perlu bersaing sampai nasib kurang baik kerana terlepas.

“Bagaimanap­un saya gembira kerana ini pingat sulung saya dalam acara Masters pada temasya utama,” katanya.

Kegagalan Safiyah itu turut menyaksika­n Malaysia gagal

Saya gembira kerana ini pingat sulung saya dalam acara Masters Siti Safiyah Amirah

Abdul Rahman

mempertaha­nkan emas yang dimenangi Shalin Zulkifli di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Mengulas mengenai prestasi rakan sepasukan dalam acara Master, Safiyah menjelaska­n skuad negara sudah mencurahka­n segala keringat namun beberapa masalah kesilapan teknikal memberi kesan kepada prestasi.

Pada temasya ke-30 ini, kem boling negara menutup gelanggang dengan dua emas dalam acara individu lelaki dan berpasukan lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia