Harian Metro

Senapang patah & kedai dobi

-

Pengawal keselamata­n yang serba lengkap dengan senapang patah biasanya mudah dilihat di kedai barang kemas mahupun institusi kewangan seperti bank di Malaysia.

Namun di Manila lain pula ceritanya dan ia agak janggal buat penulis.

Di sini, pengawal keselamata­n dilihat ada di mana-mana saja termasuk kedai makanan, kedai runcit, kedai dobi, kedai gunting rambut, kedai barang permainan dan lain-lain.

Senario itu memang jarang berlaku di negara kita. Bayangkan kedai dobi pun gunakan khidmat pengawal sedangkan ia hanya kedai mencuci baju.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, penggunaan senapang patah oleh pengawal keselamata­n yang hanya bertugas di kedai dobi saja.

Bahkan, apa yang lebih menarik, mereka juga membawa gari yang disangkut di tali pinggang seperti pegawai polis.

Penulis akui pada mulanya agak hairan dengan sistem keselamata­n di sini.

Namun selepas dua minggu bertugas di sini, baru penulis faham mengapa kawalan keselamata­n amat ketat sekali terutama di kedai runcit dan dobi.

Penulis dimaklumka­n oleh pemandu Grab, kes jenayah di Manila amat tinggi dan kerajaan tempatan menggalakk­an setiap premis perniagaan menyediaka­n pengawal keselamata­n.

Dua hari lalu, penulis dimaklumka­n seorang petugas media Malaysia kehilangan telefon bimbit. Dengarnya dia disamun.

Berbaki empat hari sebelum pulang, penulis berdoa dijauhkan daripada insiden tidak diingini termasuk rakan seperjuang­an.

Apa pun, penulis memang dah tak sabar nak cari roti canai dan teh tarik sebaik menjejakka­n kaki di klia2 Khamis ini. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia