Harian Metro

Berkorban demi pelajaran anak

-

Kuching: Menyedari hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan keluarga, pekerja ladang kelapa sawit, Mael Noit sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan anak-anaknya dalam akademik.

Mael, 42, dari Kampung Serikin, Bau yang bekerja di ladang kelapa sawit di Mongkos berkata, beliau bangga dua daripada tujuh anaknya berjaya menamatkan pengajian.

Beliau berkata, dua lagi masih menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda, seorang di tingkatan 6, seorang tingkatan 4 manakala yang bongsu kini di tingkatan 2.

“Saya kini semakin lega apabila dua anak saya menamatkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dan berharap mereka akan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan mereka.

“Kini saya menanggung lima lagi yang masih belajar dan selagi saya mampu, saya mahu mereka meneruskan pengajian hingga tamat seperti yang dicapai anak sulung dan anak kedua saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesye­n Ke-16 Kolej Teknologi Sarawak (TCS) di sini, semalam, yang menyaksika­n anak keduanya, Massfiona Mael, 25, diumumkan sebagai Graduan Ijazah Sarjana Muda Terbaik.

Mael mengakui, masalah kewangan sering membelengg­unya kerana ketika ini, hanya beliau sumber pendapatan keluargany­a manakala isterinya, Sanny Liew, 52, suri rumah sepenuh masa.

“Saya terpaksa berjimat cermat malah adakalanya mengikat perut demi memastikan gaji bulanan saya mampu menampung keperluan pendidikan anak-anak.

“Saya mahu anak-anak berjaya dalam akademik kerana hanya itu bekalan paling berharga untuk masa depan mereka,” katanya.

 ??  ?? MASSFIONA berkongsi kegembiraa­n dengan ibu dan ayahnya.
MASSFIONA berkongsi kegembiraa­n dengan ibu dan ayahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia