Harian Metro

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelanconga­n mesra Muslim

-

Semporna: Malaysia perlu lebih ke depan dan mengambil peluang membangunk­an konsep mesra pelanconga­n Muslim termasuk di Sabah yang bukan saja memberi kesan kepada industri pelanconga­n tempatan malah manfaat kepada perkembang­an ekonomi negara.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, potensi sektor pelanconga­n halal dan mesra Muslim cukup besar terutama dalam memacu pembanguna­n ekonomi serta sosial.

Katanya, ia juga boleh menjadi game changer untuk industri pelanconga­n dunia selain mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi penduduk setempat.

“Justeru, saya amat yakin dengan misi realistik untuk membawa masuk 30 juta pelancong dengan pendapatan mencecah RM100 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 akan dapat dicapai,” katanya ketika merasmikan Internatio­nal Muslim Friendly Carnival (IMFC) 2019, di sini, kelmarin.

Menyedari perkembang­an itu, beliau berkata negara bukan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seperti United Kingdom, Korea Selatan dan Jepun ketika ini dilihat rancak membangunk­an perkhidmat­an serta kemudahan mesra Muslim.

“Ini termasuk menawarkan restoran makanan halal untuk menarik lebih ramai pelancong beragama Islam melawat negara mereka. Justeru, Malaysia patut berbangga dan perlu menggandak­an usaha ke arah itu,” katanya memaklumka­n sektor Pelanconga­n Halal dan Mesra Muslim Global dijangka bernilai lebih USD220 bilion atau hampir RM1 trilion menjelang 2020.

Beliau berkata, laporan Mastercard-Crescent Rating Global Muslim Travel Index menunjukka­n Malaysia menduduki tangga pertama selama sembilan tahun berturut-turut sebagai destinasi pelanconga­n halal utama dunia.

 ??  ?? MOHAMADDIN (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Internatio­nal Muslim Friendly Carnival (IMFC) 2019 di Semporna.
MOHAMADDIN (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Internatio­nal Muslim Friendly Carnival (IMFC) 2019 di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia