Harian Metro

PELAMIN ANGANKU

Pasangan kahwin pada usia sangat muda akhirnya jayakan impian untuk naik pelamin

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Berkahwin di pejabat kadi ketika berusia 17 dan 15 tahun pada 2008 tanpa sebarang keraian membuat Musthaza Zainudin, 28, dan Nur Zafirah Ahmad Rabillah, 26, memendam rasa untuk mengadakan majlis perkahwina­n. Selepas melalui keperitan hidup dengan melakukan pelbagai pekerjaan, akhirnya impian pasangan yang bakal menimang cahaya mata

keempat itu terlaksana pada 30 November lalu, lapor Raja Noraina Raja Rahim

Berkahwin pada usia muda dan berdepan keperitan membuatkan pasangan ini nekad mengubah kehidupan serta menyimpan impian untuk mengadakan majlis perkahwina­n seperti pasangan lain yang baru bernikah.

Musthaza Zainudin, 28, dan Nur Zafirah Ahmad Rabillah, 26, yang berkahwin pada 2008 ketika masing-masing berusia 17 dan 15 tahun hanya bernikah di pejabat agama tanpa sebarang majlis.

Berkat kesabaran selama 11 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan terbabit dapat mengadakan majlis persanding­an di rumah mereka di Taman Selasih, Port Dickson pada 30 November lalu.

“Dulu, kami hidup susah hanya ada motosikal untuk mencari rezeki. Kami pernah mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan.

“Bukan setakat itu, kami pernah melakukan lebih daripada satu pekerjaan termasuk cuci tandas, mesin rumput, bersih longkang dan pembantu kedai makan.

“Kadangkala, terpaksa meminta belas ihsan orang lain untuk beli susu dan lampin anak. Namun, kami tidak pernah putus asa demi anak-anak dan sekarang mampu membesarka­n mereka hasil usaha selama ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nur Zafirah mengakui berkat kegigihan suami mengubah kehidupan keluarga, kini mereka dapat menunaikan impian mengadakan majlis perkahwina­n walaupun sudah mempunyai tiga anak.

“Alhamdulil­lah, sekarang ini Allah SWT beri rezeki dan kami buat majlis persanding­an ini sempena ulang tahun perkahwina­n kami yang ke-11,” katanya.

Nur Zafirah yang mengandung anak keempat berkata, majlis itu diadakan bagi menyempurn­akan hasrat dan impian mereka selama ini yang mahu mengadakan majlis perkahwina­n jika dikurniaka­n rezeki oleh Allah SWT.

“Saya dan suami sangat

bersyukur apa yang dirancang sejak bertahun lalu akhirnya tercapai. Bukan niat kami untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya mahu menyimpan kenangan terindah dan merasai nikmat bersanding seperti pasangan pengantin lain.

“Saya tidak sangka pula perkongsia­n gambar persanding­an kami di akaun Facebook (FB) saya itu dikongsi ramai dan menjadi tular,” katanya yang kini mempunyai produk aiskrim sendiri.

Wanita itu berkata, pada mulanya dia hanya mahu mengadakan majlis doa selamat dan mengambil gambar perkahwina­n saja, tetapi hasil perbincang­an bersama keluarga kedua-dua pihak, mereka sepakat mengadakan majlis seperti pasangan baru berkahwin.

“Mula-mula rasa malu juga kerana anak dah tiga baru nak bersanding. Namun, sokongan suami dan keluarga selain melihat anak-anak yang begitu teruja, saya segera buat tempahan pakaian, pelamin, katering dan sebagainya.

“Lebih menggembir­akan, ketika persiapan dibuat saya disahkan mengandung. Disebabkan

semua sudah ditempah kami teruskan juga majlis ini,” katanya.

Katanya, majlis itu berlangsun­g meriah dengan kehadiran lebih 400 tetamu termasuk sanak-saudara, jiran dan rakan.

Kami buat majlis

persanding­an ini sempena ulang tahun perkahwina­n kami yang ke-11

Nur Zafirah

 ??  ??
 ??  ?? MUSTHAZA bersama pasanganny­a, Nur Zafirah pada majlis persanding­an di Taman Selasih, Port Dickson.
MUSTHAZA bersama pasanganny­a, Nur Zafirah pada majlis persanding­an di Taman Selasih, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia