Harian Metro

Shamrani tembak, rakan rakam

Pelatih tentera Arab Saudi bunuh tiga rakan anggap Amerika negara jahat

-

Pelatih tentera Arab Saudi yang menembak mati tiga orang dan mencederak­an lapan lagi di Pangkalan Tentera Laut Pensacola, Florida, sebelum dia ditembak mati oleh polis Jumaat lalu, menonton video pembunuhan beramai-ramai pada malam sebelum kejadian.

Menurut laporan media Amerika Syarikat semalam, penyerang yang dikenali sebagai Mohammed al-Shamrani, 21, leftenan muda Tentera Udara Diraja Arab Saudi itu melepaskan tembakan dalam kelas. Semua yang terbunuh adalah pelatih tentera dari Amerika di pangkalan itu.

Menurut Daily Mail, pihak berkuasa menahan 10 pelatih tentera Arab Saudi di pangkalan itu.

New York Times melaporkan, tiga pelatih tentera Arab Saudi menyertai al-Shamrani menonton video berkenaan.

Laporan juga menyebut seorang pelatih Arab Saudi merakam serangan oleh al-Shamrani itu manakala dua lagi memerhati dari kereta.

AFP melaporkan, SITE Intelligen­ce

Group yang memantau media kumpulan pelampau menyatakan al-Shamrani memuat naik manifesto pendek di Twitter sebelum serangan yang berbunyi: “Saya menentang kejahatan dan Amerika secara keseluruha­nnya bertukar menjadi negara jahat.

“Saya benci anda kerana setiap hari menyokong, membiayai dan melakukan jenayah bukan hanya kepada umat Islam juga kemanusiaa­n.”

Akaun Twitter itu yang turut mengecam Amerika kerana menyokong Israel, sudah digantung,

Menurut NYT, penyerang tiada kaitan dengan sebarang pertubuhan pengganas.

Raja Arab Saudi, Raja Salman yang mengecam kejadian itu sebagai jenayah kejam berkata, penyerang tidak mewakili rakyat negara itu.

Pangkalan Udara Tentera Laut Pensacola yang mengendali­kan latihan ketenteraa­n untuk pelatih negara asing ditubuhkan pada 1985 khas untuk pelajar Arab Saudi sebelum dikembangk­an kepada negara lain.

 ??  ?? DARI kiri, mangsa yang terbunuh Joshua Kaleb Watson, 23, Mohammed Haitham, 19, dan Cameron Scott Walters, 21.
DARI kiri, mangsa yang terbunuh Joshua Kaleb Watson, 23, Mohammed Haitham, 19, dan Cameron Scott Walters, 21.
 ??  ?? MOHAMMED al-Shamrani
MOHAMMED al-Shamrani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia