Harian Metro

PASANG LAMPU SOLAR DI POS LEMOI

Lemoi Project turut laksanakan modul tingkat prestasi akademik kanak-kanak Orang Asli

- Oleh Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Perjalanan yang mencabar dan hanya boleh diakses dengan pacuan empat roda (4 x 4), tidak mematahkan semangat 28 mahasiswa Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor untuk melaksanak­an program komuniti bersama penduduk Orang Asli

Pos Lemoi, Cameran Highlands, Pahang.

Projek dinamakan Lemoi Project adalah satu program besar dianjurkan Biro Kebajikan Orang Asli (Hikam) di bawah Sekretaria­t Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) UIAM, yang berfokus membantu golongan Orang Asli di Pos Lemoi melalui pemasangan lapan lampu solar di kawasan penempatan itu.

Ketua Hikam, Anwar Khaled Muhamad berkata, program yang berlangsun­g selama empat hari itu mendapat sambutan baik daripada penduduk kampung hasil usaha sama dengan Blackwind Adventure Team dan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi.

“Kumpulan kami memasuki Pos Lemoi bukan saja untuk menyempurn­akan projek sematamata, tetapi turut melaksanak­an beberapa modul sampingan yang membantu akademik murid di SK Lemoi.

“Cuaca yang kurang baik tidak menjejaska­n semangat komuniti malah semua modul dan lampu solar berjaya dipasangka­n seperti yang dirancang,” katanya.

Katanya, bagi mengeratka­n hubungan dengan masyarakat

Orang Asli, pelbagai acara kenduri besar-besaran, ziarah dari rumah ke rumah dan perkongsia­n berkenaan Islam turut dilaksanak­an.

Lemoi Project bakal dijadikan program tahunan bagi Sekretaria­t Perkim UIAM dan projek terbaharu akan dijalankan Februari tahun hadapan iaitu program Road to Expedition and Education (R.E.D) Lemoi 7.0.

Program itu bagi meningkatk­an kebajikan penduduk Pos Lemoi dan juga menyelitka­n objektif berlandask­an dakwah Islamiah kepada penduduk Orang Asli.

Sekretaria­t Perkim UIAM Gombak adalah antara persatuan kebajikan di bawah

Pusat Jalinan Komuniti dan Perkhidmat­an (CENSERVE) UIAM dan diselia Kelab Perkim Universiti (KPU).

Kelab ini memfokuska­n tiga golongan sasaran iaitu golongan mualaf (Ikhwan Project), gelandanga­n (Laila Project) dan Orang Asli (Hikam Project).

 ??  ?? SUKARELAWA­N mendirikan tiang untuk pemasangan lampu solar.
SUKARELAWA­N mendirikan tiang untuk pemasangan lampu solar.
 ??  ?? PERJALANAN mencabar
tidak menghalang sukarelawa­n ke Pos Lemoi.
PERJALANAN mencabar tidak menghalang sukarelawa­n ke Pos Lemoi.
 ??  ?? LAMPU solar turut dipasang di rumah.
LAMPU solar turut dipasang di rumah.
 ??  ?? PERMAINAN tarik tali memeriahka­n program.
PERMAINAN tarik tali memeriahka­n program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia