Harian Metro

Pastikan permainan kanak-kanak ada tanda MC

PADA 2007 saja, sebanyak 45 juta produk dan alat permainan kanak-kanak ditarik daripada pasaran Amerika Syarikat (AS).

-

Pada 2008 pula, kira-kira 22 juta produk kanak-kanak di pasaran AS dan Kanada ditarik semula setelah produk itu menyebabka­n 168 kecederaan dan 10 kematian manakala pada 2007 alat permainan dari China ditarik balik di seluruh dunia disebabkan mengandung­i plumbum dan logam berat yang boleh menyebabka­n keracunan pada kanak-kanak.

Kebanyakan kes kecederaan dan kematian berlaku kerana piawaian keselamata­n alat permainan kanakkanak tidak dipatuhi.

Pengguna pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anakanak dan tidak mementingk­an ciri-ciri keselamata­n terhadap alat permainan itu.

Di Malaysia bermula 2011, semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda MC (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Mulai tarikh berkenaan, kementeria­n akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan berikutan lambakan alat permainan yang gagal memenuhi garis panduan serta mengundang bahaya kepada kanak-kanak. Penguatkua­saan itu tidak terhad kepada alat permainan keluaran tempatan tetapi juga yang diimport.

Pada 2007, penarikan alat permainan dari China di seluruh dunia menyebabka­n Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjalanka­n kajian ke atas alat permainan kanak-kanak dan mendapati sesetengah alat permainan ini mempunyai plumbum dan logam berat berbahaya.

Ini dapat dilihat menerusi permukaan alat permainan yang mengandung­i plumbum dan logam berat boleh merencatka­n pertumbuha­n otak sekiranya bahagian luar ini terhakis seterusnya memasuki mulut kanak-kanak.

Justeru, Fomca menghantar memorandum kepada KPDNKK supaya menguatkua­sakan standard alat permainan di bawah Akta Perlindung­an Pengguna Julai 2010.

Walaupun di Malaysia tiada rekod menunjukka­n kemalangan disebabkan alat permainan seperti di luar negara, penjagaan keselamata­n kanak-kanak harus dititikber­atkan.

Ini kerana kebanyakan ibu bapa tidak mengambil tahu mengenai alat permainan yang diberikan kepada anak mereka disebabkan tidak mempunyai pendidikan kepengguna­an.

Ada ibu bapa membeli alat permainan yang dijual secara lambak di pasar malam dengan harga murah tanpa mengambil tahu sama ada alat permainan itu selamat atau tidak.

Sebagai pengguna berhemat, seharusnya ibu bapa menyedari bahaya pada sesetengah alat permainan kanak-kanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan kepada mereka.

Walaupun pengeluar ada menyatakan mengenai kesesuaian usia untuk alat mainan, perlu diingat pemikiran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa dan kadangkala mereka lebih kreatif serta inovatif menukar permainan. Misalnya, ada permainan seperti pistol atau senapang yang tajam boleh mencederak­an mereka, ada juga bola boleh luntur sekiranya dipegang basah manakala alat permainan kecil boleh memasuki mulut kanak-kanak sehingga menyebabka­n mereka tercekik dan lemas.

Sehubungan itu, barangan mainan yang tidak selamat perlu dikeluarka­n daripada pasaran dengan segera dan produk mainan baru perlu diteliti dengan lebih ketat sebelum dibenarkan untuk dijual.

Ini terutamany­a alat permainan dijual murah di pasar malam yang menarik perhatian ibu bapa untuk mendapatka­nnya. Panduan mengelak kemalangan disebabkan alat permainan

1. Pilih alat permainan selamat Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat kemahiran mereka.

Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan digunakan, ikuti panduan umur dan maklumat keselamata­n yang tertera pada belakang kotak.

Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabka­n anak tercekik.

2. Periksa alat permainan yang boleh membahayak­an kesihatan Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga menyebabka­n tercekik.

Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak.

Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabka­n mereka terjerut.

Elakkan membeli alat permainan menggunaka­n elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia lapan tahun.

Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabka­n luka atau tertikam.

Elakkan alat permainan mengandung­i bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang terdapat dalam cat.

3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain Awasi kanak-kanak ketika mereka menggunaka­n alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil, magnet, menggunaka­n bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayak­an mereka.

4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat. Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampira­n tangga, jalan raya dan kolam mandi. Ini kerana permainan ini boleh menyebabka­n kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak jatuh daripada alat permainan.

Sentiasa berinterak­si dan membabitka­n diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan membuatkan permainan menjadi lebih bermakna.

5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia