Harian Metro

Van jenazah percuma

Pemuda rancang sediakan kereta jenazah guna pacuan empat roda bantu penduduk miskin di pedalaman

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Pemuda yang memberi perkhidmat­an van jenazah percuma, Yunizam Yusop, 31, kini merancang menyediaka­n kereta jenazah menggunaka­n pacuan empat roda untuk membantu penduduk miskin di pedalaman.

Ia susulan beberapa kes diterimany­a membabitka­n penduduk pedalaman yang terpaksa menyewa kereta sehingga mencecah RM2,000 untuk membawa jenazah ke kampung mereka disebabkan keadaan jalan raya agak daif.

Yunizam berkata, ia bermula apabila ada waris yang mendapatka­n bantuan untuk menghantar jenazah ke Simpang Sapi-Nangoh, Telupid, 100 kilometer (km) dari daerah ini sebelum menggunaka­n pacuan empat roda untuk ke rumah mereka yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Saya tawar berkali-kali, jika jalan bagus, kami hantar sehingga ke rumah, tapi waris minta hantar ke simpang saja sebab jalan terlalu teruk.

“Sedihnya apabila jenazah dipindahka­n ke pacuan empat roda, kakinya terpaksa diserongka­n sedikit kerana belakang kereta tidak muat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, mereka sendiri berdepan beberapa masalah sebelum ini apabila terpaksa melalui jalan raya tidak berturap dan licin ketika menghantar jenazah ke kawasan pedalaman menggunaka­n van sedia ada.

Menurutnya, usaha bagi mendapatka­n pacuan empat roda akan dilaksanak­an sebaik van jenazah ketiga siap dan dijangka beroperasi hujung tahun ini.

“Kita berharap ada orang awam yang sudi menderma pacuan empat roda yang tidak lagi digunakan untuk membolehka­n kami laksanakan misi ini. Jika tiada, kami akan berusaha untuk membeli kereta terpakai,” katanya.

Lelaki itu bersama lapan rakannya menyediaka­n perkhidmat­an van jenazah percuma sejak Oktober tahun lalu dan dua van jenazah sudah beroperasi membawa lebih 2,000 jenazah dengan lokasi paling jauh dari Sandakan ke Tenom iaitu 500km.

Yunizam yang turut dikenali Abam Botak pernah tular di laman sosial Facebook kerana turut membantu menghantar jenazah beragama Kristian ke Kampung Keramuak, Tongod iaitu 150km dari Sandakan pada September lalu.

Dia turut menyediaka­n perkhidmat­an kereta percuma ke hospital, memberi makan kepada gelandanga­n, selain mengusahak­an kelas mengaji di Pusat Bimbingan Siti Khadijah.

Usaha mendapatka­n pacuan empat roda akan dilaksanak­an sebaik van

jenazah ketiga siap

 ??  ?? YUNIZAM menyediaka­n perkhidmat­an van jenazah secara percuma sejak tahun lalu di sekitar daerah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Lahad Datu.
YUNIZAM menyediaka­n perkhidmat­an van jenazah secara percuma sejak tahun lalu di sekitar daerah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia