Harian Metro

Tolak permohonan jaminan 3 individu

-

Melaka: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menolak permohonan jaminan terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berhubung pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) November tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap semua tertuduh iaitu Adun Seremban Jaya, P Gunasekare­n, 60; Adun Gadek G Saminathan, 34, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S Chandru, 38.

Elesebet berkata, antara sebab adalah tuduhan berkaitan keselamata­n negara selain peguam gagal untuk menimbulka­n merit dan keadaan-keadaan khas mengapa jaminan diperlukan oleh semua tertuduh.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamed Arsad dan Hayatul Wirdah Mohd manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh.

Kelmarin Elesabet memutuskan sama ada mahkamah membenarka­n ikat jamin terhadap tiga individu berkenaan berkaitan dakwaan pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas LTTE diketahui semalam.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar hujahan sokongan Ramkarpal pada pendakwaan di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan Aliff Asraf Anuar.

Terdahulu, dalam prosiding kes yang berjalan hampir empat jam itu, Izhanudin memohon empat pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selain hujahan jaminan juga didengar di mahkamah berkenaan.

Elesabet kemudian hanya membenarka­n perbicaraa­n kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum membenarka­n pihak pembelaan mengemukak­an afidavit sokongan jaminan terhadap tiga notis usul yang dikemukaka­n minggu lalu.

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 1 November lalu membenarka­n permohonan 12 individu termasuk dua Adun yang didakwa berhubung kumpulan pengganas LTTE untuk merujuk isu perlembaga­an ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas membenarka­n permohonan Ramkarpal yang membuat permohonan itu di tiga Mahkamah Sesyen berasingan sebelum itu.

Dalam keputusann­ya, Rozina menyatakan terdapat merit dalam permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi merujuk isu perlembaga­an berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia