Harian Metro

Lif apartmen dilumuri najis

Penduduk ambil masa sejam bersih tahi guna mesin pencanai buka penutup butang lif

- Oleh Amir Abd Hamid dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Ratusan penduduk Blok D Apartment Taman Medan Jaya, di sini, terkejut apabila satu daripada dua lif apartmen berkenaan dilumuri najis manusia.

Kejadian disedari penduduk jam 8 pagi, semalam ketika penduduk sibuk untuk menjalani rutin harian pergi kerja dan urusan lain.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia menyangka bau busuk di dalam lif itu disebabkan air keluar daripada bungkusan sampah yang mahu dibuang.

“Saya menjerit geram dan tidak menyangka ada pihak tidak bertanggun­gjawab melumurkan najis manusia di semua butang lif berkenaan.

“Tidak pernah berlaku vandalisme sebegini, lif dilumuri najis. Kebiasaann­ya sebelum ini dirosakkan seperti dicucuh api dan curi peralatan pendawaian dalam lif itu,” katanya yang kecewa dengan sikap pihak tidak bertanggun­gjawab merosakkan harta awam kegunaan orang ramai.

Menurutnya, ramai penduduk bimbang untuk tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian vandalisme yang kerap berlaku kerana pernah kereta pengadu menjadi sasaran dibakar.

Sementara itu, Ketua Blok apartmen itu, Mohd Zuhdi Mat Saris, 44, berkata, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil masa sejam untuk membersihk­an najis berkenaan.

Ini berikutan, katanya, mesin pencanai terpaksa digunakan untuk membuka penutup butang lif bagi memastikan setiap celah boleh dibersihka­n daripada kotoran najis manusia itu.

“Laporan polis juga sudah dibuat untuk tindakan selanjutny­a berhubung kejadian vandalisme ini. Apa pun, saya amat berharap semua penduduk bekerjasam­a menjaga harta awam yang kita sendiri perlu menggunaka­nnya.

“Jika ada sebarang tindak-tanduk mencurigak­an segera laporkan kepada pihak berkuasa atau menasihati secara baik kepada pihak berkenaan,” katanya.

Blok D Apartmen Taman Medan Jaya mula diduduki sejak 2005, mempunyai 16 tingkat, dua lif, 255 rumah dan 34 lot kedai membabitka­n 1,200 penghuni.

Tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati lif berkenaan belum digunakan dan dihadang menggunaka­n meja lipat, malah masih ada sedikit sisa bau najis manusia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia