Harian Metro

WQM, IsDB jalin kerjasama bantu usahawan PKS

-

Kuala Lumpur: Syarikat ekuiti persendiri­an Malaysia, Warisan Quantum Management Sdn Bhd (WQM) memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) atas kerjasama South-South Triangular bersama Bank Pembanguna­n Islam (IsDB) di Jeddah, Arab Saudi.

Menenerusi MoU berkenaan, WQM dan IsDB akan mewujudkan dana pusingan pertama di bawah landasan program Reverse Linkage dianggarka­n bernilai AS$15 juta (RM60 Juta), bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dan memberi akses kepada PKS untuk melebarkan sayap ke 57 negara anggota IsDB berpotensi.

Pengarah Kanan WQM, Joehary Ismail berkata, program Reverse Linkage ini adalah usahasama WQM dan IsDB bagi menghubung­kan negara anggota IsDB yang memerlukan teknologi dan inovasi dalam sesebuah industri dengan negara anggota lain yang memiliki kepakaran yang diperlukan oleh negara penerima.

“Di bawah program ini, IsDB akan bertindak sebagai pemudahcar­a bagi menghubung­kan kedua-dua pihak.

“Ia antara lain membantu usahawan PKS di Malaysia menyelesai­kan masalah kos meluaskan perniagaan yang tinggi, di mana faktor ini menyekat pertumbuha­n aktiviti perniagaan mereka di pasaran luar negara,” katanya.

Menurutnya, program ini juga mampu mengurangk­an risiko kepada PKS dan seterusnya membina hubungan yang kukuh serta meluaskan perniagaan mereka ke luar negara tanpa perlu menghabisk­an jutaan ringgit dalam perluasan rangkaian perniagaan.

 ??  ?? JOEHARY (kiri) dan Presiden Kumpulan IsDB, Tuan Yang Terutama Dr Bandar M H Hajjar selepas menandatan­gani MoU di Jeddah.
JOEHARY (kiri) dan Presiden Kumpulan IsDB, Tuan Yang Terutama Dr Bandar M H Hajjar selepas menandatan­gani MoU di Jeddah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia