Harian Metro

SEDIA SUMPAH LAKNAT

AKUAN BERKANUN AZILAH

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Bekas pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cif Inspektor Azilah Hadri tidak pernah dibawa keluar dari Penjara Kajang sepanjang tahun ini.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan, semalam memaklumka­n kali terakhir dibawa keluar dari Penjara Kajang pada 15 April 2015 bagi perbicaraa­n di Mahkamah Majistret Sepang.

“Pengiringa­n bagi menghadiri perbicaraa­n itu dilakukan selepas Penjara Kajang menerima Perintah Mengemukak­an Orang Dalam Jagaan dari Mahkamah Sepang.

“Ia dibuat mengikut Seksyen 30 Akta Penjara 1995 yang mengkehend­aki banduan menghadirk­an diri di mahkamah seperti mana masa dan tempat dinyatakan.

“Berdasarka­n rekod sejak tarikh itu, banduan terbabit tidak pernah dibenarkan untuk dibawa keluar dari penjara untuk apa-apa jua urusan,” katanya.

Menurutnya, rekod lawatan dan perjumpaan juga menunjukka­n banduan dilawati sebanyak 34 kali oleh ahli keluarga dan 15 kali oleh peguamnya sejak setahun lalu.

“Lawatan dilakukan seperti Peraturan 179 Peraturan Penjara 2000 berhubung lawatan kepada mana-mana banduan akhir.

“Oleh itu, sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak yang menyatakan Azilah dibawa keluar dari Penjara Kajang pada tahun ini untuk menemui VVIP (orang kenamaan) adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Semalam, media melaporkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak mendakwa Azilah dibawa keluar dari Penjara Kajang untuk berjumpa seorang VVIP pada Februari lalu.

Pertemuan itu berlaku di luar penjara dan dilihat sebagai pelan terancang yang diatur untuk mengaitkan anak guamnya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Terdahulu, Azilah menerusi akuan bersumpah (SD) bertarikh 17 Oktober lalu, mendakwa Najib ketika itu sebagai Timbalan

Perdana Menteri mengarahka­nnya supaya membunuh Altantuya dan menghapusk­an mayatnya.

Azilah mendakwa arahan itu diberikan secara lisan ketika bertemu dengan Najib di Pekan pada 17 Oktober 2006.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutua­n menjatuhka­n hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutua­n mengumumka­n keputusann­ya dan waran tangkap dikeluarka­n terhadapny­a.

Altantuya dilaporkan dibunuh antara 19 hingga 20 Oktober 2006 dengan ditembak dan diletupkan menggunaka­n bahan letupan C-4 di Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat Najib Razak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia