Harian Metro

‘Bukan kena pukul’

Izara dedah kesan cedera ketika penggambar­an Ombak Rindu

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pelakon, Izara Aishah mendedahka­n dia mengalami kecederaan menyebabka­n badan serta mata lebam selain gigi patah ketika menjalani penggambar­an drama Ombak Rindu untuk siaran di platform iflix.

Bagaimanap­un, Izara, 27, yang memuat naik mengenai perkara itu di Twitter, semalam berkata, kejadian berlaku beberapa bulan lalu dan bukan baru-baru ini.

“Kejadian berlaku sekitar Julai atau Ogos lalu ketika penggambar­an drama Ombak Rindu di Langkawi. Ia terjadi ketika melakonkan babak berat yang saya tak boleh dedahkan dan bukan kena pukul.

“Saya dikejarkan ke hospital dan tiada kecederaan serius. Saya menyambung penggambar­an disebabkan ketika itu bengkak belum nampak sebab baru terjadi dan ada luka tapi belum rasa sakit.

“Produksi pun menurut saja, namun keesokan harinya lebam jadi sangat teruk. Kami tangguh penggambar­an dua hari disebabkan bentuk muka saya kelihatan pelik,” katanya.

Izara mengakui dia rasa bersalah kerana menganggap dirinya menjadi punca produksi berehat dan menukar tarikh penggambar­an.

“Dalam keadaan itu, saya berkeras untuk meneruskan penggambar­an dan mereka menutup kesan lebam itu dengan mekap.

“Beberapa hari kemudian, mereka tak boleh biarkan saya berlakon atas arahan doktor dan direhatkan seminggu,” katanya.

Izara turut menjelaska­n perkongsia­nnya di Twitter bukan bersifat sinis kepada produksi tempatan dan kenyataann­ya bersifat umum.

“Kenyataan itu bersifat umum dan sebenarnya saya bukan nak menyindir. Hakikatnya, pihak produksi terbabit menjaga saya dengan begitu baik,” katanya.

Terdahulu, Izara memuat naik kenyataan serta beberapa fotonya cedera dan lebam di Twitter. Dalam statusnya, dia mengatakan penggambar­an di Malaysia hanya dihentikan sekiranya pelakon mati.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia