Harian Metro

Kerja lima tahun satu sen pun tak dapat!

-

Klang: Hampir lima tahun bekerja sebagai pembersih rumah dan pejabat di negara ini namun tidak menerima satu sen pun gaji.

Itu nasib menimpa puluhan wanita warga asing selepas didakwa dianiaya majikan mereka dengan menjadi buruh kasar.

Bagaimanap­un, penderitaa­n mereka berakhir apabila diselamatk­an daripada menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia dalam tiga serbuan di Bandar

Baru Klang, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, serbuan dijalankan selepas menerima aduan awam dan risikan yang dijalankan pihak berkuasa.

“Serbuan dijalankan jam 7 pagi disertai 69 anggota penguat kuasa daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan

Tenaga Kerja (JTK).

“Dalam serbuan itu seramai 51 wanita warga asing ditahan iaitu 45 dari Indonesia, tiga warga Kemboja dan tiga Filipina,” katanya kepada Harian Metro.

Nurulhuda berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan dua wanita termasuk seorang warga tempatan berusia 27 tahun dan warga Filipina berusia 54 tahun.

“Dua wanita ini dipercayai boleh membantu siasatan pihak berkuasa untuk mengesan dalang yang terbabit dalam sindiket pemerdagan­gan manusia ini.

“Kedua-dua ditahan itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati semua wanita terbabit mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ditawarkan bekerja sebagai pembersih rumah dan pejabat.

“Ada di antara mereka sudah berada di negara ini antara tiga bulan hingga lima tahun.

“Mereka mendakwa tidak dibayar gaji serta kebajikan mereka diabaikan majikan,” katanya.

Nurulhuda berkata, semua mangsa yang diselamatk­an mendapat perintah perlindung­an sementara selama 21 hari.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

 ??  ?? NURULHUDA
NURULHUDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia