Harian Metro

Ceramah tiga bahasa

Lebih 135,000 umat Islam di Korea Selatan, 35,000 daripadany­a rakyat tempatan manakala selebihnya warga asing

- Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin

slam adalah agama minoriti di Korea Selatan di mana komunitiny­a berpusat di sekitar bandar Seoul.

Terdapat lebih 135,000 umat Islam di Korea Selatan. Seramai 35,000 daripadany­a rakyat tempatan manakala selebihnya warga asing.

Jumlah itu berkembang pesat mutakhir ini akibat kemasukan pekerja asing beragama Islam terutama dari Indonesia, Bangladesh, Uzbekistan dan Kazakhstan.

Pada 1962, kerajaan Malaysia bersama Arab Saudi dan negara Arab lain menyediaka­n bantuan US$33,000 (RM145,216) untuk membina sebuah masjid di Seoul.

“Korea Muslim Foundation membuka sekolah rendah Islam pertama, Sekolah Rendah Putera Sultan Bin Abdul Aziz pada Mac 2009 bertujuan membantu Muslim di Korea belajar agama melalui kurikulum sekolah rasmi,” kata Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin yang berkongsi pengalaman­nya berkunjung ke Korea Selatan dengan wartawan, Mohd Fadly Samsudin.

Penulis sempat melawat Seoul Central Mosque. Masjid itu dibuka pada 1976 di Itaewon, Seoul.

“Apa yang menarik adalah ceramah agama di sini disampaika­n dalam bahasa Inggeris, Arab dan Korea.

Sejak pembukaan Seoul Central Mosque, tujuh masjid (Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju, Daegu dan Kaesong) dibina di seluruh Korea Selatan.

Namun, Seoul Central Mosque kekal sebagai satu-satunya masjid di Seoul yang berfungsi sebagai hab komuniti dan kebudayaan Islam di Seoul.

Satu kawasan komersial juga dibangunka­n di sekitar masjid yang beroperasi menjual keperluan harian Muslim.

Terdapat juga restoran menyajikan makanan halal Korea serta hidangan dari Timur

Tengah seperti Falafel, Hummus, Tabbouleh dan Baklava.

Masjid itu juga terkenal dengan reka bentuk Islam.

Menara yang besar di sekitar bangunan dan kaligrafi Arab yang terukir berhampira­n pintu masuknya amat cantik dan menarik.

Tingkat pertama menempatka­n bilik mesyuarat dan pejabat khas untuk kegunaan Korea Muslim Federation.

Dewan solat lelaki pula terletak di tingkat dua.

Pada 1990, tambahan tingkat ketiga ditambah yang menempatka­n ruangan solat wanita.

Di sebelah masjid pula terdapat Pusat Islam yang mempunyai sekolah untuk kanak-kanak dan institut penyelidik­an Islam.

Pintu masuk masjid berkenaan turut dihiasi jubin berwarna biru manakala papan tanda di atas pintu masuk tertulis ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’.

Migrasi pekerja dari Pakistan dan Bangladesh turut membentuk sebahagian besar populasi

Muslim di sana.

Pada 2002, The Korea Times melaporkan, bilangan Muslim Korea adalah seramai 45,000 manakala Pew Research Center menganggar­kan terdapat 75,000 orang Muslim Korea di Korea Selatan pada 2010 atau satu daripada 500 orang.

Penulis melihat bahawa perkembang­an positif Islam di Korea Selatan mula dirasai pada sekitar abad ke-20.

Ketika pasukan tentera Muslim Turki diarahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu Korea Selatan menghadapi Perang Korea bersama-sama pasukan dari negara lain.

Kegiatan dakwah turut dijalankan tentera Muslim Turki kepada penduduk setempat menarik ramai saudara baru ke dalam Islam.

Tambahan pula, ramai Muslim di Korea Selatan mengatakan, gaya hidup mereka yang berbeza menyebabka­n mereka lebih menonjol daripada orang lain di dalam masyarakat ketika itu.

Namun, kebimbanga­n terbesar mereka adalah persepsi dan konotasi buruk yang diterima selepas serangan pengganas 11 September pada 2001.

Kini kemasukan pekerja asing yang menetap dan berkahwin dengan rakyat tempatan, kepelbagai­an etnik adalah suatu fenomena baharu di Korea Selatan.

Pun begitu, aspek asimilasi budaya tetap menjadi cabaran. Jika dulu, untuk mendapatka­n makanan halal mungkin agak sukar, tetapi kini terdapat banyak restoran halal di sekitar kawasan masjid di bandar utama Korea Selatan seperti Seoul, Busan, Daegu, Daejon, Kwangju, Jeonju dan Ansan.

Begitu juga dengan aktiviti dakwah yang semakin diterima sekarang apabila fenomena kepelbagai­an sudah mula diterima di negara ekonomi keempat terbesar di Asia itu.

Namun, cabaran menanti umat Islam di Korea Selatan tetap ada. Alhamdulil­lah, secara purata setiap bulan, ada sahaja warga Korea Selatan memeluk Islam di Seoul Central Mosque.

Itu satu petanda sangat baik bagi umat Islam yang menjadi masyarakat minoriti di negara berkenaan.

 ??  ?? SEBUAH restoran makanan halal yang terletak berhampira­n Seoul Central Mosque.
SEBUAH restoran makanan halal yang terletak berhampira­n Seoul Central Mosque.
 ??  ?? PENULIS bergambar di hadapan Prince Sultan Islamic School di Seoul.
PENULIS bergambar di hadapan Prince Sultan Islamic School di Seoul.
 ??  ?? KEDAI menjual daging dan ayam halal di Seoul Central Mosque.
KEDAI menjual daging dan ayam halal di Seoul Central Mosque.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia