Harian Metro

Adnan dilantik ketuai Cuepacs

Terajui pemimpin baharu kesatuan pekerja

- Oleh Rafidah Mat Ruzki am@hmetro.com.my

Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Adnan Mat dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) yang baharu.

Adnan menewaskan empat calon lain dalam pemilihan yang diadakan kelmarin, selepas mendapat sebanyak 676 undi.

Beliau mengalahka­n Timbalan Presiden Cuepacs II, Zainal Ismail (381 undi); Setiausaha

Kewangan,

Mohd Razali Singah (190 undi), Presiden Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjun­g Malaysia (KPHMSM), Datuk Ahmad Shuffir Zakaria (45 undi) dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjun­g Malaysia, Abdul Malik Mohamed Zin (87 undi).

Dua jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Aminuddin Awang dan Zulkifli Mohamed, masing-masing memperoleh 766 dan 756 undi.

Mereka mengalahka­n empat calon lain iaitu Nor Hayati Abd Rashid (608), Ahmad Malie (157), Ahamad Hasanar (117) dan Asman Mohd Nawawi (110).

Pada masa sama, Abdul Rahman Mohd Nordin yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung I menang tanpa bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung.

Pengumuman Pemilihan Pegawai-Pegawai Tertinggi Cuepacs bagi penggal 2019-2022 itu diumumkan pada Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs Ke-28 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Pemimpin baharu kesatuan itu mewakili 114 cawangan gabungan dan 14 cawangan negeri.

Seramai 1, 369 daripada 1,509 perwakilan berdaftar memilih sembilan jawatan utama kesatuan itu termasuk jawatan presiden yang dikosongka­n Datuk Azih Muda yang bersara 31 Disember ini.

Pemilihan diumum pada Konvensyen Kongres Tritahunan

Cuepacs Ke-28

 ??  ?? AZIH (kiri) menyerahka­n tukul kepada Adnan ketika keputusan pemilihan Cuepacs di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.
AZIH (kiri) menyerahka­n tukul kepada Adnan ketika keputusan pemilihan Cuepacs di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia