Harian Metro

Didakwa lulus projek USP

Timbalan Pengarah MCMC tak mengaku terima tiga rasuah berjumlah RM87,000

- Oleh Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil @hmetro.com.my

Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pos dan E Dagang, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM87,000 berhubung kelulusan projek Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (USP).

Mohd Iskandar King, 42, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai RM50,000 daripada Pengarah Syarikat Golden Sunrise Ventures Sdn Bhd dan pakar runding bagi Syarikat OCK Setia Engineerin­g Sdn Bhd, Mohd Azuzi Mohamed Kamil.

Ia sebagai upah untuk tertuduh yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pos dan E Dagang MCMC kononnya sebagai balasan membantu mendapatka­n projek Universal Service Provider (USP) Time 3 Extension Phase 1 daripada suruhanjay­a itu bagi syarikat OCK Setia Engineerin­g Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di restoran di IOI City Mall Putrajaya jam 8 malam, 9 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohd Iskandar didakwa menerima dua cek masing-masing bernilai RM18,500 atas nama isterinya, Nur Ellina Abdul Sukor dan atas namanya sendiri daripada Mohd Azuzi yang mana tertuduh mengetahui Mohd Azuzi mempunyai hubungan dengan kerja rasmi di Bukit Jalil Golf and Country Resort, jam 5 petang, 23 Jun 2015.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan dengan satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM50,000 daripada Mohd Azuzi yang mana tertuduh mengetahui dia mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di restoran di IOI City Mall Putrajaya pada jam 8 malam, 9 Januari lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Ibu Pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguam R Sivahnanth­an mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan rendah terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh memberi kerjasama kepada SPRM selain menghidap penyakit bronkitis serta tanggungan keluarga.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan 16 Januari depan.

Kes disebut semula pada 16 Januari tahun

depan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia