Harian Metro

Permohonan 5 bekas pengarah FGV didengar 19 Mac 2020

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 19 Mac depan untuk mendengar permohonan lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Berhad (FGV) bagi menggantun­g prosiding saman yang difailkan syarikat itu terhadap mereka.

Peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili kelima-lima individu itu memberitah­u pemberita, tarikh itu ditetapkan Pesuruhjay­a Kehakiman Quay Chew Soon di kamarnya, semalam. “Pihak kami memohon penggantun­gan prosiding saman ini sementara menunggu rayuan kami terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November lalu yang membatalka­n tuntutan balas kami terhadap FGV serta 10 pihak lain,” katanya yang turut dibantu peguam Amanina Yusrina Ahmad Kamal.

Lima individu itu adalah Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Tan Sri Sulaiman

Mahbob, Datuk Nozirah Bahari dan Datuk Fazlur Rahman Ebrahim.

Pada 8 November lalu, Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan FGV dan 10 pihak berkenaan untuk membatalka­n tuntutan balas yang difailkan lima individu berkenaan terhadap mereka berhubung dakwaan kerugian dialami membabitka­n pemeroleha­n Asia Plantation Ltd (APL) pada 2014.

Kelima-lima bekas pengarah berkenaan sebelum ini disaman FGV yang menuntut RM514 juta berhubung dakwaan kerugian yang timbul daripada pengambila­lihan atau secara alternatif, ganti rugi atau kehilangan daripada pengambila­lihan APL dan mereka kemudian memfailkan tuntutan balas terhadap saman itu.

Lima individu itu selaku plaintif memfailkan tuntutan balas pada 11 Februari lalu dengan menamakan syarikat terbabit dan 10 yang lain terdiri daripada pengerusi serta pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif FGV selaku defendan.

Sepuluh individu itu ialah Datuk Azhar Abdul Hamid, Mohd Hassan Ahmad, Datuk Dr Othman Omar, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Datin Hoi Lai Peng, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, Dr Nesadurai Kalanithi, Datuk Mohd Anwar Yahya dan Datuk Mohamed Suffian Awang.

Pada 23 November 2018,

FGV memfailkan saman menuntut RM514 juta dan ganti rugi lain terhadap bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah dan 13 yang lain berhubung pemeroleha­n APL pada 2014.

Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, saman berkenaan pengambila­lihan 100 peratus kepentinga­n ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat sukarela pada 2014. – Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia