Harian Metro

Jauhnya seludup anak singa!

Polis Riau selamat haiwan liar dari benua Afrika dibawa sindiket ke Indonesia melalui Malaysia

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Bagaimana empat anak singa dan seekor anak harimau bintang dari benua Afrika boleh diseludup ke Kepulauan Riau, Indonesia melalui Malaysia?

Perkara itu menjadi tanda tanya berikutan habitat asal haiwan liar itu terletak lebih 7,000 kilometer sekali gus memungkink­an haiwan itu melalui perjalanan jauh untuk sampai ke negara ini yang dijadikan transit awal.

Difahamkan hidupan liar diseludup dari Malaysia itu dirampas polis Daerah Riau susulan kejayaan mereka menghidu aktiviti sindiket pemerdagan­gan haiwan antarabang­sa.

Turut dirampas dalam operasi malam Sabtu lalu adalah 58 kura-kura Indiana Star yang dianggarka­n bernilai puluhan ribu ringgit.

Jurucakap Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjun­g Malaysia berkata, semua haiwan liar itu diselamatk­an susulan penahanan seorang lelaki yang dipercayai ahli sindiket terbabit.

Menurutnya, haiwan liar itu diseludup menggunaka­n bot yang mendarat di pesisir ‘pelabuhan tikus’ berhampira­n Dumai, Riau.

“Siasatan mendapati, empat anak singa dan seekor harimau bintang berusia kurang setahun itu dipindahka­n ke Pekanbaru, Indonesia, dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Suspek bagaimanap­un ditahan anggota Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) Riau yang turut menyelamat­kan tiga Orang Utan.

“Turut ditemui botol susu dan serbuk susu bayi yang dipercayai digunakan sindiket untuk memberi minuman kepada anak singa dan harimau itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi berkata, pihaknya meneliti kes berkenaan melalui bekerjasam­a dengan Kastam Diraja

Malaysia (KDRM) dan pihak berkuasa di negara jiran.

Menurutnya, sindiket dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit awal sebelum memindahka­n haiwan itu ke Indonesia.

“Kami mengumpul maklumat berhubung kes ini. Ada kemungkina­n ia membabitka­n rangkaian sindiket besar,” katanya.

Haiwan liar itu diseludup dengan bot

yang mendarat di pesisir ‘pelabuhan

tikus’

 ??  ?? SUSPEK yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dikesan menyeludup anak singa dan harimau bintang dari Malaysia.
SUSPEK yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dikesan menyeludup anak singa dan harimau bintang dari Malaysia.
 ??  ?? KURA-KURA Indiana Star yang turut dirampas.
KURA-KURA Indiana Star yang turut dirampas.
 ??  ?? ANAK singa yang berjaya diselamatk­an selepas diseludup dari Malaysia ke Riau, Indonesia.
ANAK singa yang berjaya diselamatk­an selepas diseludup dari Malaysia ke Riau, Indonesia.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia